Page 74 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 74
Latihan 3.1.1
Latihan 3.1.1
1 Tentukan mod bagi setiap data yang berikut.
(a) Bilangan buku tulisan yang dimiliki oleh 9 orang murid:
8, 7, 6, 7, 5, 6, 9, 7, 8
(b) Mata yang diperoleh pasukan bola keranjang dalam 5 perlawanan:
96, 103, 110, 100, 102
(c) Suhu-suhu maksimum yang dicatatkan dalam kelas setiap pagi
selama seminggu:
28°C, 29°C, 27°C, 28°C, 30°C, 28°C, 27°C
(d) Jisim (dalam kg) bagi 10 biji betik:
3.1, 2.7, 2.2, 1.8, 2.9, 1.5, 2.2, 2.3, 3.1, 2.1
(e) Wang derma yang diterima daripada 8 orang murid untuk tabung
mangsa-mangsa banjir:
RM10, RM8, RM5, RM5, RM6, RM8, RM10, RM12
2 Bagi data-data yang berikut, bina satu jadual kekerapan, kemudian
tentukan mod.
(a) Huruf-huruf yang diukir oleh Zabidi pada sebuah papan:
Z D E D Z T U Z D E U Z T
(b) Bentuk-bentuk yang dilukis oleh Mariana semasa membuat latihan:
(c) Wang saku harian (dalam RM) sekumpulan 20 orang murid SMK
Orkid Desa:
5 3 4 3 3 4 5 4 4 2
6 5 4 2 2 6 5 4 3 7
66
66

