Page 77 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 77

Menerbit rumus bagi min set data
             Aktiviti
             Aktiviti
                1 1
                        Aktiviti ini dilakukan berpasangan (2 orang).

             Bahan: 4 batang pensel, jalur kertas dan pita selofan.

             Langkah:

              1  Kumpulkan empat batang pensel dengan panjang yang berlainan.
              2  Potong empat jalur kertas supaya panjangnya sepadan dengan panjang
                 pensel-pensel itu. Sambungkan jalur-jalur kertas itu dengan pita selofan.

              3  Lipatkan jaluran kertas itu kepada empat bahagian yang sama dan
                 ukurkan panjang satu bahagian.

                   Panjang ini dikenali sebagai min bagi panjang pensel-pensel itu.

             Tinjau semula langkah 2 dan 3, operasi matematik yang sepadan dinyatakan
             seperti berikut:

                                   Langkah                           Operasi matematik

                         Sambung empat jalur kertas              Cari jumlah panjang pensel

                  Lipat kepada empat bahagian yang sama             Bahagi dengan empat

             Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa min bagi sekumpulan
             data boleh diperoleh dengan rumus seperti berikut:                                         3


                                                 Jumlah nilai data
                                         Min =
                                                   Bilangan data



            CONTOH    Berikut merupakan data jisim badan enam orang murid kelas 5 Kreatif.
            CONTOH
               2 2                                                                                      STATISTIK
                          Murid       Hadif     Latifah   Danish      Arina     Felicia     Tan
                       Jisim (kg)       49        54         52        45         48         55
                      Hitung min jisim bagi seorang murid.

                       Penyelesaian                                                    IMBAS SAYA

                      Min =   49 + 54 + 52 + 45 + 48 + 55
                                              6

                           =  303                               Layari laman sesawang   untuk video
                                                                    http://bit.ly/3pg9lUD
                               6                         (Dicapai pada 31 Disember 2020)  mod dan min
                           = 50.5 kg
                                                                                              69
                                                                                              69
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82