Page 76 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 76
3.1.1 3.1.2 3.1.3
Mengira Min bagi Suatu Set Data
Pada minggu ini kita telah berjaya mengumpulkan
wang hasil jualan cendawan dari kebun kita.
Saya perlu menghitung purata wang
hasil jualan itu untuk membuat laporan
kepada Cikgu Ezani. Bagaimana nilai
Arina purata ini dapat saya tentukan?
Shahdan
Wang hasil jualan cendawan PPKI selama lima hari
Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
Jualan (RM) 22.50 15.00 24.00 16.50 18.00
Berdasarkan situasi di atas, kita dapat menghitung satu nilai purata bagi
wang hasil jualan cendawan pada minggu itu.
Nilai purata dikenali juga sebagai min.
Min ialah hasil yang diperoleh dengan membahagikan jumlah semua
nilai dalam suatu set data dengan bilangan data.
Min = Jumlah nilai data
Bilangan data
CONTOH
CONTOH Hitung min bagi wang hasil jualan cendawan selama lima hari yang
1 1 telah dipungut oleh Arina dan Shahdan.
Penyelesaian
Min = RM22.50 + RM15.00 + RM24.00 + RM16.50 + RM18.00
5
= RM96.00
5
= RM19.20
3.1.2
Nota
Guru • Dalam matematik, min boleh didefinisikan dengan mudah sebagai purata.
Tiada perbezaan antara kedua-dua istilah ini.
68
68

