Page 80 - BUKU TEKS MATEMATIK KSSMPK TING 5
P. 80

Amir, Boon Hao, Candra, Ezzah dan Fadillah ialah ahli pasukan bola
           keranjang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa. Min tinggi bagi 5
           orang ahli itu ialah 167 cm.


             Kes 1     Samuel yang tingginya  173 cm merupakan seorang lagi ahli

               pasukan bola keranjang. Min baharu bagi tinggi 6 orang tersebut boleh
               dihitungkan seperti berikut:
                    Jumlah tinggi bagi 5 orang ahli = 5 × 167 cm
                                                         = 835 cm
                                                            835 + 173
                         Min tinggi bagi 6 orang ahli =
                                                                 6
                                                         = 168 cm


             Kes 2     Amir, Boon Hao, Candra, Ezzah dan Fadillah sedang berlatih di

               gelanggang bola keranjang sekolah. Jika Boon Hao dengan ketinggian
               156 cm meninggalkan gelanggang bola keranjang, min baharu bagi
               tinggi 4 orang yang tinggal boleh dihitungkan seperti berikut:
                               Jumlah tinggi bagi 4 orang ahli = 835 – 156
                                                                   = 679 cm

                    Min tinggi bagi 4 orang ahli yang tinggal =       679
                                                                       4
                                                                   = 169.75 cm


             Kes 3     Selepas satu tahun, tinggi baharu bagi Amir, Boon Hao, Candra,

               Ezzah dan Fadillah adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual.

                   Nama           Amir      Boon Hao       Candra        Ezzah       Fadillah

                Tinggi (cm)        158          166          182          175           161

               Min tinggi bagi 5 orang ahli selepas mengalami perubahan tinggi
               =   158 + 166 + 182 + 175 + 161
                                  5
               =  842
                   5
               = 168.4 cm



                      3.1.2
            Nota
            Guru    • Min =   Jumlah nilai data . Jadi, jumlah nilai data = min × bilangan data
                              Bilangan data
              72
              72
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85