Page 4 - kertas penerangan pdpr
P. 4
NO KOD/ CODE NO ME-020-2-2012/M04/KP(1/1) Muka: 04 Drp: 29
TEMPAT PEMASANGAN
1. Pemasangan unit penyaman udara ini hendaklah dipasang pada tempat yang sesuai dan
kukuh.
2. Sktruktur bagunan hendaklah kukuh kerana system ini perlu dipasang pada dinding
bagunan dan sudah pastilah dinding tersebut perlu ditebuk.
3. Jika struktur bagunan tidak kuat berbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya
juruteknik membuat kerja pemasangan bagi unit penyaman udara tingkap.
4. Selain itu pemasangan unit haruslah dipasang ditempat:-
a. Pasang ditempat yang boleh menyokong berat unit dan tidak akan menyebabkan unit
tersebut jatuh atau bergeger.
b. Pilih lokasi dimana unit tersebut tidak terkena cahaya matahari.
c. Pilih lokasi peredaran udara yang baik.
d. Pilih tempat dimana tiada halangan untuk udara masuk kedalam bilik.
5. Pemasangan unit penyaman udara ini haruslah mengikut manual installation yang telah
dibekalkan.

