Page 2 - KP.MPP1013-C05-5.0 - (5.1 - 5.9)
P. 2
Kod Kertas MPP1013 Page 2 of 32
1.0 Kikir
Digunakan untuk melakukan kerja-kerja menipiskan ketebalan, membersih permukaan logam dan
membuat pembentukan pada logam seperti tiub kuprum dan logam lembut. Ia diperbuat daripada keluli
bermutu tinggi yang telah dikeraskan.
Hujung kikir
Hulu
Muka
Bahagiain-bahagian kikir
1.1 Jenis-jenis kikir
Terdapat pelbagai jenis kikir yang digunakan di bengkel tetapi penggunaannya mestilah bersesuaian
dengan bendakerja. Kikir boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu:
i. Kikir pipih
ii. Kikir segiempat
iii. Kikir segitiga
iv. Kikir belah rotan @ separuh bulat
v. Kikir bulat atau kikir bulat ekor tikus
i. Kikir pipih
Kikir pipih mempunyai berbagai bentuk, iaitu ada yang tebal, rata dan tirus. Kikir jenis ini digunakan bagi
mengikir permukaan benda kerja yang rata, bulat atau cembung. Kikir ini juga mempunyai banyak gred
potongan mata yang bersilang atau selari.
Kikir pipih
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

