Page 5 - KP.MPP1013-C05-5.0 - (5.1 - 5.9)
P. 5

Kod Kertas                        MPP1013                                 Page 5 of 32

                                GRED PEMOTONGAN GIGI KIKIR                            GAMBARAJAH

                                     POTONGAN KEDUA
                 Gigi  kikir  diantara  30  hingga  40  gigi  pada  setiap  25.4  milimeter
                 persegi.  Gred jenis ini digunakan bagi bendakerja yang nipis atau
                 lembut.  Gred jenis ini juga sesuai digunakan bagi proses kedua,
                 iaiti menipiskan logam seperti plat keluli lembut atau paip keluli
                 lembut.




                                           HALUS
                 Gigi  kikir  diantara  50  hingga  60  gigi  pada  setiap  25.4  milimeter
                 persegi.  Gred jenis ini digunakan bagi melicinkan bendakerja atau
                 mengikir  tiub  kupram.    Mengikir  dengan  menggunakan  gred  ini
                 mengambil  masa  yang  lama  atau  mengikir  pada  kadar  yang
                 sedikit.




                                          TERHALUS

                 Gigi kikir diantara 90 hingga 160 gigi pada setiap 25.4 milimeter
                 persegi.  Gred jenis ini biasanya digunakan bagi kerja penyudah,
                 iaitu kerja yang akhir bagi melicinkan permukaan bendakerja atau
                 menghasilkan kerja yang halus.





                 1.3   Langkah-langkah keselamatan semasa mengikir

                 a)  Pegang kikir dengan betul dan kukuh sewaktu mengikir.

                 b)  Jenis kikir hendaklah sesuai dengan bendakerja.
                 c)  Bendakerja hendaklah dikapit dengan kukuh pada ragum sewaktu mengikir.

                 d)  Hulu  kikir  hendaklah  sentiasa  kukuh  pada  puting  kikir  sewaktu  mengikir.    Ini  adalah  untuk
                     mengelakkan berlakunya kemalangan kerana hujung puting yang tajam.
                 e)  Kikir dan permukaan bendakerja hendaklah bersih daripada minyak.
                 f)  Jangan menggunakan jari atau tangan untuk membersihkan habuk besi pada kikir atau bendakerja

                     kerana habuk besi boleh mencederakan kulit.
                 g)  Habuk besi hendaklah dibersihkan daripada seluruh anggota badan, terutamanya pada tangan bagi
                     mengelakkan kita daripada termakan atau tersedut habuk besi itu.
                 h)  Simpan kikir ditempat yang selamat.

                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                 Kertas Penerangan          Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10