Page 6 - KP.MPP1013-C05-5.0 - (5.1 - 5.9)
P. 6

Kod Kertas                        MPP1013                                 Page 6 of 32

                 1.4   Proses mengikir

                 Proses  mengikir  dilakukan  dengan  bahan  kerja  diapitkan  pada  ragum  meja  dengan  kemas  dan  kuat.
                 Untuk  mengelakkan  bahan  kerja  daripada  rosak  atau  bercalar,  lapik  bahan  kerja  itu  dengan  pelapik
                 lembut. Biasanya pelapik lembut ini diperbuat daripada logam lembut seperti aluminium atau tembaga
                 dan kepingan kayu yang lembut.

                 Kaedah  mengikir
                 i.  Mengikir  tekan :  Merupakan  cara  mengikir  dengan  memberikan  tekanan  yang  kuat.Ini  bertujuan
                    untuk membuang logam dengan banyak dan cepat.

                 ii.  Mengikir laying : Cara ini digunakan untuk menghaluskan permukaan benda kerja. Tekanan kikir yang
                    dikenakan ke atas bahan kerja adalah sederhana.

                 iii. Mengikir  langsar  :  Cara  ini  digunakan  untuk  meratakan  permukaan  bahan  kerja.  Tekanan  yang
                    dikenakan ke atas bahan kerja adalah sederhana.

                 iv. Mengikir serong : Cara ini digunakan untuk bahan kerja yang tipis. Cara mengikirnya bertentangan
                    dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri.

                 v.  Mengikir lintang : Cara ini digunakan untuk mendapatkan permukaan kerja yang rata pada bahan
                    kerja.Cara ini bertujuan untuk melicinkan permukaan bahan kerja.


                 2.0 Pahat sejuk                                                                    Kepala
                                                                              Badan
                 Pahat  sejuk  digunakan  sebagai  alat  untuk
                 memotong  atau  menarah  logam.    Ia
                 diperbuat  daripada  keluli  bermutu  tinggi
                 dengan bahagian matanya dikeraskan.


                 2.1     Jenis-jenis pahat                     Muka


                 Terdapat  pelbagai  jenis  pahat  yang  selalu
                 digunakan dibengkel.
                 Diantaranya termasuklah pahat :           Mata
                                                                             Bahagian-bahagian pahat


                   a.  Pahat rata.
                   b.  Pahat rata lintang.
                   c.  Pahat separuh bulat.
                   d.  Pahat bentuk potongan intan.
                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                 Kertas Penerangan          Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11