Page 25 - KP.MPP1013-C05-5.0 - (5.1 - 5.9)
P. 25
Kod Kertas MPP1013 Page 25 of 32
Mesin kuasa (power tools)
1. Mesin gerudi
Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang, disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-
kerja seperti melulas, melubang benam, dan membenang dalam.
Jenis-jenis mesin gerudi.
a. Mesin gerudi meja
b. Mesin gerudi tiang
c. Mesin gerudi mudah alih
a. Mesin gerudi meja
Mesin gerudi jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai
mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang yang besar
dan berat supaya setabil kedudukannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh
memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.
b. Mesin gerudi tiang
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang
dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan
kedudukannya setabil. Pergerakkan spindal menggunakan gear.
Suis ON/OFF Motor
elektrik
Pelindung
Ragum mesin gerudi Handle penekan
Bindu
Pelaras meja
Meja
Suis ON/OFF Motor
elektrik Tiang
Pelindung
Bindu Handle penekan
Mata gerudi
Pelaras meja
Meja
Meja
Mesin gerudi meja Mesin gerudi tiang
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Penerangan Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK

