Page 30 - KP.MPP1013-C05-5.0 - (5.1 - 5.9)
P. 30

Kod Kertas                        MPP1013                                Page 30 of 32

                 8.  Penyembur angin mudah alih

                 Penyembur  angin  mudah  alih  digunakan  untuk
                 menghasilkansemburan  udara  yang  digunakan  untuk
                 membersihkan habuk-habuk kering dari komponen unit
                 penyejukan  dan  penyamanan  udara,  contohnya
                 pemeluwap bersirip.
                                                                            Penyembur angin mudah alih


                 Penyenggaraan alat dan perkakas

                 Alat dan perkakas penyenggaraan perlu diletakkan di tempat yang selamat dan mudah diperoleh apabila
                 diperlukan.    Alat  dan  perkakas  yang  tidak  disimpan  di  tempat  yang  betul  dan  tidak  dilakukan
                 penyenggaraan berkala akan mudah rosak. Antara kaedah penyenggaraan alat dan perkakas yang perlu
                 diberi keutamaan  ialah :

                 a.  Penyelenggaraan alat
                 b.  Penstoran

                 a.  Penggunaan dan penyelenggaraan alat

                  Bagi menjamin keberkesanan penggunaan peralatan dan mengelakkan kerosakan pada alat berkenaan,
                 semua peralatan perlulah digunakan mengikut SOP penggunaan yang telah ditetapkan.  Jangan sesekali
                 menyalahgunakan peralatan.
                 Selepas  menggunakan  alat  tangan  atau  alat  mesin  kuasa,  peralatan  tersebut  perlulah  dibersihkan
                 terlebih dahulu sebelum disimpan. Harus diingat kaedah pembersihan peralatan adalah berbeza antara
                 satu jenis alat dengan yang lain. Contohnya, untuk membersihkan kikir perlu menggunakan berus dawai
                 untuk membuang habuk besi dari permukaan matanya. Tetapi bagi membersihkan tukul cukup sekadar
                 lap dengan kain bersih sahaja.

                 Sesetengah  peralatan  atau  komponennya  perlu  diminyakkan  supaya  opersinya  lancar  atau  untuk
                 mengelakkan dari masalah pengkaratan.

                 Meter-meter  ujian  seperti  multi  tester,  termometer  digital  dan  lain-lain  peralatan  elektronik  yang
                 sensitif  perlu  dibalut  dengan  plastik  bubble  wrep sebelum  dimasukkan  ke  dalam  kotak  penyimpanan
                 bagi mengelakkan kerosakan.








                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                 Kertas Penerangan          Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara KVKK
   25   26   27   28   29   30   31   32