Page 14 - nota mpp2013
P. 14

NO. KOD  / CODE NUM.             ME-020-2:2012/C02/P(2/3)              Muka / Page :  13
                                                                                    Drpd/of         :  35
                   3.  Cecair  bahan  pendingin  mempunyai  takat  didih  yang  tinggi  boleh
                       menyebabkan kerengsaan kulit.
                   4.  Bahan  pendingin  memeluwap  dengan  mudah  pada  tekanan  atmosfera.  Jika
                       bahan  pendingin  menyentuh  permukaan  kulit,  haba  pendam  pemeluwapan
                       akan memindahkan haba dari kulit. Frosbite boleh berlaku.
                   5.  Jika  bahan  pendingin  terkena  mata,  ia  boleh  membekukan  (freeze)  mata,
                       menyebabkan buta.
                   6.  Kemalangan  yang  melibatkan  bahan  pendingin  hendaklah  segera  dirujuk
                       kepada doktor.
                   7.  Bahan pendingin hendaklah disimpan hanya dalam silinder dengan label yang
                       menyatakan spesifik bahan pendingin.
                   8.  Wap  fluorocarbon  adalah  lebih  berat  daripada  udara  dan  cenderung  untuk
                       terkumpul  di  kawasan  rendah.  Ia  akan  menggantikan  udara  di  dalam  bilik.
                       Sesiapa yang menyedut wap ini tidak akan sedarkan diri (consciousness).
                   9.  Peralatan yang mengukur peratus oksigen di udara hendaklah disediakan dan
                       digunakan.  Udara  hendaklah  mengandungi  kandungan  oksigen  minimum
                       19.1%.
                   10. Pendedahan  kepada  bahan  pendingin  hendaklah  dielakkan.  Penyedutan
                       kepada  jumlah  bahan  pendingin  yang  berlebihan  boleh  membawa  kepada
                       serangan jantung dan kemungkinan kematian.


                  a.  Langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan bahan pendingin

                       Walaupun kebanyakan bahan pendingin yang digunakan masa sekarang boleh
                       dikatakan tidak berbahaya, namun begitu langkah-langkah keselamatan perlu
                       diambil kira semasa menggunakannya.

                       Langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

                   1.  Apabila  berlaku  kebocoran,  tentukan  bilik  cukup  pengalihudaraan  sebelum
                       membaikinya. Periksa tekanan dengan memasang tolok pancarongga.
                   2.  Periksa jenis bahan pendingin sebelum mengecas untuk mengelakkan bahan
                       pendingin  bercampur.  Jika  bahan  pendingin  adalah  dari  jenis  florokarbon,
                       jauhkan  dari  api.  Ini  adalah  untuk  mengelakkannya  daripada  menjadi  gas
                       beracun apabila bertemu dengan api.
                   3.  Gunakan  pelindung  mata  dan  sarung  tangan  semasa  mengecas.  Ini  untuk
                       mengelakkan  mata,  kulit  dan  tangan  terkena  bahan  pendingin  dan  juga
                       mengelakkan kecederaan.
                   4.  Mengecas mestilah dilakukan di bahagian tekanan rendah dalam bentuk wap
                       bahan  pendingin  sahaja.  Mengecas  dengan  cecair  boleh  merosakkan
                       pemampat dan unit boleh meletup
                   5.  Cecair  bahan  pendingin  boleh  membekukan  kulit  dan  mengakibatkan  ‘frost
                       bite’. Jika ini berlaku, basuh bahagian yang terkena bahan pendingin dengan
                       segera.
                   6.  Kemalangan akibat daripada bahan pendingin hendaklah dirawat oleh doktor.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19