Page 23 - BUKU KERJA KTM
P. 23
1.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
ANGGOTA POLIS PENGIRING
(a) Lapor diri kepada KTM semasa sesi Semakan Peti Undi;
(b) Mengiringi KTM dan Peti Undi dari Pusat Penyimpanan
Peti Undi ke Tempat Mengundi dengan selamat;
(c) Memastikan keselamatan pintu masuk Tempat Mengundi;
(d) Menyaksikan Proses Pemeteraian Peti Undi sebelum
Proses Pengundian bermula (jika diminta oleh KTM);
(e) Membantu KTM mengawal ketenteraman Tempat
Mengundi pada Hari Pengundian;
(f) Mengawal barisan Pengundi di Tempat Mengundi dengan
memberi keutamaan kepada Pengundi yang memerlukan
bantuan atau Orang Kurang Upaya (OKU);
(g) Merujuk KTM sekiranya Pengundi Tidak Berdaya
bersama dengan “Orang Yang Dipercayai” datang untuk
mengundi;
(h) Mengeluarkan mana-mana orang yang melakukan
kesalahan pilihan raya dari Tempat Mengundi setelah
mendapat arahan daripada KTM;
(i) Membantu KTM menghubungi Pegawai Pengurus
dengan menggunakan alat perhubungan polis sekiranya
Pusat Mengundi tidak ada liputan komunikasi yang lain;
(j) Mengawal pintu masuk Tempat Mengundi apabila masa
mengundi tamat sehingga pengiraan undi selesai; dan
(k) Mengiringi KTM dan Peti Undi ke Pusat Penjumlahan
Rasmi Undi apabila selesai pengiraan undi.
23

