Page 25 - BUKU KERJA KTM
P. 25
2.1 HARI SEMAKAN ISI PETI UNDI
SILA TANDAKAN
KTM hendaklah: (√)
(a) Mencatatkan maklumat Polis Pengiring KTM pada muka
surat 8;
(b) Memastikan semua peralatan dan dokumen yang diterima
daripada Pegawai Pengurus mencukupi seperti di muka
surat 10 hingga 14;
(c) Memeriksa semua buku kertas undi yang diterima bagi
memastikan:
i. Bilangan buku kertas undi mencukupi seperti yang
ditetapkan;
ii. Setiap buku kertas undi mengandungi 50 helai kertas
undi;
iii. Nombor siri helaian kertas undi adalah berturutan
dalam setiap buku kertas undi;
iv. Calon yang betul dicetak untuk bahagian pilihan raya
tersebut; dan
v. Logo Parti/ Simbol calon bebas adalah betul mengikut
calon yang bertanding.
(d) Mengisi Bahagian A Borang 13 iaitu nombor siri kertas
undi mengikut turutan buku kertas undi yang diterima
serta jumlah kertas undi yang diterima.
25

