Page 26 - BUKU KERJA KTM
P. 26

(e)  Memeriksa  Cap  Kertas  Undi  dengan  mengecop  pada
                              kertas  kosong.  Pastikan  Cap  Kertas  Undi  berfungsi
                              dengan  baik  dan  nombor  siri  Cap  Kertas  Undi  kelihatan

                              jelas.

                       (f)   Memeriksa botol Dakwat Pilihan Raya bagi memastikan:
                            i.   Dakwat  Pilihan  Raya  mencukupi  seperti  yang

                                 ditetapkan;
                            ii.   Tiada kebocoran pada botol Dakwat Pilihan Raya; dan
                           iii.   Berus Dakwat Pilihan Raya dibekalkan.


                       (g)  Memastikan  Buku  Daftar  Pemilih  Pilihan  Raya  (DPPR)
                              yang  dibekalkan  kepada  KTM  dan  Kerani  Pengundian

                              (KP) mengandungi:
                            i.   Pusat  Mengundi,  Tempat  Mengundi  dan  Kod  Daerah
                                 Mengundi  sama  seperti tempat bertugas;
                            ii.   Jumlah  pemilih  adalah  sama  seperti  yang  dicetak  di

                                 muka depan Buku DPPR; dan
                           iii.   Helaian  muka  surat  dan  nombor  siri  pemilih  adalah
                                 berturutan.


                       (h)  Mengasingkan  peralatan  yang  akan  dibawa  semasa
                              lawatan ke Pusat Mengundi dan yang perlu dimasukkan
                              ke dalam peti undi untuk disimpan.


                       (i)    Menyediakan  peralatan  untuk  memeterai  peti  undi
                              sebanyak  4  set  yang  mengandungi  tali  pita,  perekat

                              keselamatan dan mouse tail bagi setiap set.

                       (j)    Memasukkan  peralatan  yang  telah  diasingkan  ke  dalam
                              peti undi.


                       (k)    Memeterai kedua-dua telinga dan mulut Peti Undi.


                       (l)    Memasukkan Peti Undi ke dalam Beg Peti Undi dan Beg
                              Peti Undi hendaklah dimeterai.


                                                         26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31