Page 36 - BUKU KERJA KTM
P. 36
3.5 PENGURUSAN ETM
3.5.1 Tanggungjawab Terhadap ETM
Bertugas
(a) Membenarkan ETM bertugas dengan syarat ETM
mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i. Kad Pengenalan (MyKad);
ii. Surat Pelantikan yang mengandungi nama, nombor
Kad Pengenalan dan alamat ETM;
iii. Borang A (Borang Sumpah Kerahsiaan); dan
iv. Pas Ejen Tempat Mengundi.
Sekiranya gagal mengemukakan dokumen tersebut,
maka beliau TIDAK dibenarkan masuk ke Tempat
Mengundi untuk bertugas.
[Seksyen 14(1)(c), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954]
(b) Mengumpulkan Surat Pelantikan ETM dan Borang
Sumpah Kerahsiaan (ETM terakhir) daripada setiap ETM
dan masukkan ke dalam Sampul SPR. No.5.
(c) Memastikan hanya seorang ETM sahaja bagi setiap
Calon dibenarkan masuk pada satu-satu masa.
(d) Merekodkan waktu kehadiran setiap ETM. Sekiranya
ETM masuk ke Tempat Mengundi sebelum Proses
Pengundian dimulakan, KTM hendaklah merekodkan
waktu kehadiran sebenar ETM ke Tempat Mengundi.
Tempoh bertugas diambil kira dari waktu pengundian
bermula yang diwartakan.
(e) Memastikan seseorang ETM bertugas sekurang-
kurangnya 2 jam dari mula waktu bertugas sebelum
penggantinya boleh mengambil alih tugas. Walau
bagaimanapun, sekiranya ETM keluar dari Tempat
Mengundi sebelum cukup tempoh 2 jam beliau bertugas,
36

