Page 38 - BUKU KERJA KTM
P. 38

3.5.3         Larangan Ke Atas ETM Bertugas



                       KTM hendaklah memastikan ETM:

                       (a)    TIDAK membawa masuk dan mempamerkan simbol parti

                              atau  sebarang  bentuk  tulisan  atau  rayuan  yang  ada
                              kaitan  dengan  calon  pilihan  raya  pada  pakaian,  topi,
                              kasut,  atau  apa-apa  barang  lain  ke  dalam  Tempat

                              Mengundi;

                       (b)    TIDAK merokok;


                       (c)    TIDAK membawa sebarang senjata;


                       (d)    TIDAK berkomunikasi dengan Pengundi;


                       (e)    TIDAK melakukan provokasi, bertengkar atau bertelagah
                              dengan mana-mana pihak;


                       (f)    TIDAK menggunakan telefon bimbit, gajet elektronik atau
                              apa-apa  alat  komunikasi  semasa  berada  di  dalam

                              Tempat Mengundi;

                       (g)    TIDAK  menyentuh  apa  jua  peralatan  dan  dokumen

                              Pilihan  Raya  tanpa  kebenaran  KTM terutamanya  Kertas
                              Undi,  DPPR  yang  digunakan  oleh  KP  1  dan  Dakwat
                              Pilihan Raya;


                       (h)     TIDAK mengganggu kelancaran Proses Pengundian;


                       (i)    TIDAK mengambil gambar; dan


                       (j)    TIDAK  membawa  keluar  Buku  DPPR  dan  apa-apa
                              dokumen  bertulis  yang  mempunyai  maklumat  pengundi

                              sepanjang tempoh pengundian yang diwartakan.

                              [Seksyen 5 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954]


                       KTM  berhak  untuk  TIDAK  MEMBENARKAN  mana-mana
                       ETM  berada  di  dalam  bilik  Tempat  Mengundi  sekiranya

                       tidak mematuhi arahan di atas.


                                                         38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43