Page 37 - BUKU KERJA KTM
P. 37
tiada pengganti ETM tersebut dibenarkan masuk
sehingga telah cukup tempoh berkenaan.
[Seksyen 14 (1A), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954]
3.5.2 Kuasa KTM Terhadap ETM
Bertugas
Kuasa KTM terhadap ETM sepanjang Proses
Pengundian adalah seperti yang berikut:
(a) Membenarkan ETM memerhatikan Proses
Pengundian.
(b) Memastikan ETM tidak menyampaikan apa-apa jua
maklumat Pengundi kepada sesiapa pun sepanjang
tempoh pengundian.
[Seksyen 5 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954]
(c) Menerima aduan daripada ETM tentang proses
pengundian jika ada dan membuat keputusan.
Keputusan KTM adalah muktamad.
(d) Menerima jika ada bantahan bertulis daripada ETM
terhadap sebarang ketidakpatuhan prosedur proses
pengundian.
(e) Tidak membenarkan seseorang ETM menggantikan
ETM yang bertugas tidak cukup 2 jam.
(f) KTM boleh dengan bantuan polis pengiring
mengarahkan ETM meninggalkan Tempat Mengundi
sekiranya mendapati ETM mengganggu kelancaran
penjalanan proses pengundian.
*NOTA: KEBENARAN MASUK KE TEMPAT MENGUNDI
[Peraturan 15 (1), (3) dan (4), Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981]
37

