Page 44 - BUKU KERJA KTM
P. 44

3.10  PENGURUSAN KERTAS UNDI ROSAK




                   (a)    Kertas undi boleh disifatkan sebagai rosak sekiranya:
                            i.  Kertas undi terkoyak belum ditanda;
                            ii.  Kertas undi  yang telah dibawa keluar dari Tempat

                                 Mengundi dan diperolehi semula oleh KTM;
                           iii.  Kertas undi kotor yang tidak boleh digunakan; dan
                           iv.  Tersalah tanda pilihan calon.


                   (b)    KTM hendaklah mengarahkan KP3 mengeluarkan kertas
                          undi baru kepada pengundi sekiranya kertas undi yang

                          dikeluarkan sebelum itu didapati rosak oleh sebab kecuaian
                          petugas.


                   (c)    KTM dengan kuasa dan budi bicaranya boleh mengarahkan
                          KP3 mengeluarkan kertas undi baru sekiranya kertas undi
                          yang telah dikeluarkan kepada pengundi boleh disifatkan
                          sebagai rosak disebabkan kecuaian pengundi.


                   (d)    KTM hendaklah melabelkan kertas undi rosak dengan
                          menulis “ROSAK”



















                   (e)    Masukkan kertas undi rosak ke dalam Sampul 3.


                   (f)    Membuat catatan dalam Borang SPR. 763 (Kertas Catatan
                          Ketua Tempat Mengundi).


                [Sub-Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan
                                              Pilihan Raya) 1981]



                                                         44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49