Page 42 - BUKU KERJA KTM
P. 42
3.8 KERTAS CATATAN KTM (BORANG SPR.
763)
“BORANG SPR. 763 (KERTAS CATATAN KETUA TEMPAT
MENGUNDI) BOLEH DIJADIKAN BUKTI DI MAHKAMAH PILIHAN
RAYA SEKIRANYA BERLAKU PETISYEN PILIHAN RAYA”
KTM hendaklah:
a) Merekodkan peristiwa dan masalah yang berlaku pada Hari
Mengundi dengan menggunakan Borang SPR. 763 (Kertas
Catatan Ketua Tempat Mengundi). Catatan hendaklah
dilakukan apabila:
i. Terdapat lawatan Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi
SPR dan Ahli-Ahli SPR, Pegawai SPR, Calon, Ejen
Pilihan Raya, PP, PPP dan Orang Yang Dibenarkan oleh
SPR untuk melawat Tempat Mengundi;
ii. Terima aduan/bantahan dari Calon, Ejen Pilihan Raya,
ETM, EMU, Pengundi dan Anggota/Pegawai/Petugas;
iii. Terdapat peristiwa-peristiwa yang berlaku di Tempat
Mengundi seperti pergaduhan, gangguan bekalan
elektrik, banjir, kebakaran, kemalangan dan sebagainya;
iv. Terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah
Bahagian II Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954;
v. Terdapat arahan-arahan daripada SPR dan PP; dan
vi. Terdapat peristiwa-peristiwa lain yang difikirkan penting
berhubung Proses Pilihan Raya.
b) Berhubung dengan PP dengan SERTA-MERTA memaklumkan
peristiwa-peristiwa yang mengganggu Proses Pengundian atau
Proses Pengiraan Undi.
42

