Page 8 - TMSB
P. 8
TRIO MEWANGI SDN BHD Pengisian Dan Tentertive Program
MODUL MOTIVASI DAN TEAMBUILDING
PENGISIAN DAN TENTERTIVE PROGRAM
Kehebatan jati diri merupakan elemen yang teramat penting dan mesti dimiliki oleh
setiap individu. Insan yang bermotivasi tinggi adalah insan yang bakal meyuburkan kekuatan
momentum kejayaan dan kecemerlangan bagi setiap kesatuan dan organisasi. Alangkah bertuah
dan cemerlangnya jika sesebuah organisasi itu berjaya membimbing semua tenaga kerjanya
untuk sama-sama bersatu hati menjunjung matlamat utama kesatuan dan sanggup bekerja untuk
untuk mendaki cita gemilang. Dengan ini, kami di Trio Mewangi Sdn. Bhd (TMSB) telah
berusaha untuk menyedia dan menjalankan satu modul pembinaan kendiri pekerja yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Melalui program ini, para peserta akan didedahkan dengan erti cinta sebenar dalam
kehidupan, kehidupan seorang hamba yang berjaya, penghayatan kerja sebagai Ibadah, erti
sebenarnya permuafakatan dan kerjasama dalam melaksanakan tugas,di samping menjana jiwa
pekerja supaya bangkit bekerja dengan hati yang ikhlas serta ketekunan yang mendalam
berasaskan kekuatan iman melalui ceramah-ceramah dan bengkel- bengkel sentuhan rohani yang
dijadualkan. Insya Allah dengan program ini kita semua bakal melahirkan tenaga kerja yang
lebih tekun dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan mereka. Harapan kami mudah-
mudahan program yang dijalankan ini akan dapat menjana kualiti hidup dan kerja yang lebih
cemerlang lagi efisyen.
OBJEKTIF
1. Melahirkan muslim yang berkualiti melalui semaian kerohanian yang jitu dengan
tauhid yang kukuh dan Ibadah yang sempurna.
2. Membimbing para peserta untuk membina jambatan keredhaan Tuhan melalui
pekerjaan mereka (berkerja sebagai satu ibadah).
3. Melahirkan pekerja yang cemerlang dan bermatlamat tinggi terhadap syarikat atau
organisasi yang dicuburi.
4. Melatih sifat kepimpinan dan kerjasama yang tinggi kepada semua ahli di dalam
organisasi.
PENGISIAN / TENTATIF PROGRAM
CERAMAH
BIMBINGAN ROHANI
MOTIVASI KEJAYAAN HIDUP
TIP DAN LANGKAH KEKUATAN DIRI
=== Memahami Keperluan Anda ===

