Page 6 - TMSB
P. 6

TRIO MEWANGI SDN BHD                                                                                                                  Modul Latihan


                                  MODUL MOTIVASI DAN TEAMBUILDING

                                                      MODUL TMSB

                   Pihak kami memfokuskan pada keseimbangan dan perkembangan:

                          T  -  Tanggungjawab.  Tanggungjawab  adalah  amanah.  Melaksanakan  amanah
                          dengan sebaiknya kepada organisasi dan juga pelangan.

                          M  -  Mesra.   Berhemah tinggi, adil,  cekap dan  mengutamakan pelanggan serta
                          berdamping rapat dengan masyarakat setempat.

                          S - Setia. Setia berbakti kepada organisasi, pucuk pimpinan dan masyarakat.

                          B - Berdisplin. Mempunyai disiplin serta jatidiri yang unggul dan mengamalkan
                          budaya kerja yang cemerlang dan berpasukan.

                   Modul  TMSB  menekankan  pembentukan  sahsiah  diri  peserta  berdasarkan  modul  yang
                   disusun. Program kami adalah berbentuk TOTAL TRAINING iatu latihan/program kami
                   merangkumi slot di dalam dewan dan juga, kuliah subuh & maghrib, dan juga aktiviti
                   outdoor.


                                        MODUL 1: KESEDARAN POTENSI DIRI
                   Modul ini membawa para peserta mengenal dan muhasabah diri:
                          • Proses mengenal diri.
                          • Pengupasan sikap dan watak peribadi.
                          • Tahu dan sedar kekuatan dan kelemahan diri.
                          • Sedar kehebatan dan potensi diri.
                          • Hala tuju kejayaan atau kegagalan.
                   Modul ini adalah sebagai memberi kesedaran awal mengenai erti diri dan kehidupan,
                   amanah dan tanggungjawab serta adab susila terutama di dalam kursus atau kem.


                                          MODUL 2: ANJAKAN PARADIGMA
                    Modul ini membawa para peserta untuk memikirkan sesuatu perkara di dalam skop
                   pemandangan yang lebih meluas dan lebih jauh daripada kebiasaan. Kelebihan yang akan
                   diperolehi oleh para peserta adalah seperti berikut;
                          • Dapat berfikir lebih jauh ke hadapan dalam sesuatu perkara.
                          • Memikirkan sesuatu yang baru.
                          • Menerima idea orang tanpa menolak idea orang lain secara mentah-mentah.
                          • Dapat menerima pembaharuan dalam sistem kerja di pejabat.





                                           === Memahami Keperluan Anda ===
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11