Page 3 - TMSB
P. 3

TRIO MEWANGI SDN BHD                                                                                                                        Kertas Kerja


                                                    KERTAS KERJA
                  CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM MOTIVASI DAN TEAMBUILDING
                   UNTUK KAKITANGAN PASUKAN PROJEK KHAS BEKALAN ELEKTRIK SABAH


               PENDAHULUAN

                       Kehebatan jati diri merupakan elemen yang teramat penting dan mesti dimiliki oleh
               setiap individu. Insan yang bermotivasi tinggi adalah insan yang bakal meyuburkan kekuatan
               momentum  kejayaan  dan  kecemerlangan  bagi  setiap  kesatuan  dan  organisasi.  Alangkah
               bertuah dan cemerlangnya jika sesebuah organisasi itu berjaya membimbing semua tenaga
               kerjanya untuk sama-sama bersatu hati menjunjung matlamat utama kesatuan dan sanggup
               bekerja  untuk  untuk  mendaki  cita  gemilang.  Dengan  ini,  kami  di  Trio  Mewangi  Sdn.  Bhd
               (TMSB)  telah  berusaha  untuk  menyedia  dan  menjalankan  satu  modul  pembinaan  kendiri
               pekerja yang cemerlang di dunia dan akhirat.

                       Melalui program ini, para peserta akan didedahkan dengan erti Cinta sebenar dalam
               kehidupan, kehidupan seorang hamba yang berjaya, penghayatan kerja sebagai Ibadah, erti
               sebenarnya permuafakatan dan kerjasama dalam melaksanakan tugas,di samping menjana
               jiwa  pekerja  supaya  bangkit  bekerja  dengan  hati  yang  ikhlas  serta  ketekunan  yang
               mendalam  berasaskan  kekuatan  iman  melalui  ceramah-ceramah  dan  bengkel-  bengkel
               sentuhan  rohani  yang  dijadualkan.  Insya  Allah  dengan  program  ini  kita  semua  bakal
               melahirkan  tenaga  kerja  yang  lebih  tekun  dan  bertanggungjawab  dalam  melaksanakan
               tugasan mereka. Harapan kami mudah-mudahan program yang dijalankan ini akan dapat
               menjana kualiti hidup dan kerja yang lebih cemerlang lagi efisyen.


               OBJEKTIF

                       1.     Melahirkan  muslim  yang  berkualiti  melalui  semaian  kerohanian  yang  jitu
                       dengan tauhid yang kukuh dan Ibadah yang sempurna.
                       2.     Membimbing  para  peserta  untuk  membina  jambatan  keredhaan  Tuhan
                       melalui pekerjaan mereka (Berkerja sebagai satu ibadah ).
                       3.     Melahirkan pekerja yang cemerlang dan bermatlamat tinggi terhadap syarikat
                       atau organisasi yang dicuburi.
                       4.     Melatih  sifat  kepimpinan  dan  kerjasama  yang  tinggi  kepada  semua  ahli  di
                       dalam organisasi.


               RASIONAL

                       Program  ini  dianjurkan  dengan  rasionalnya  kepada  kaki  tangan  supaya  mereka
               berupaya membentuk sahsiah diri ke arah yang lebih baik sekira diberi ruang dan peluang di
               samping sokongan dari pihak jabatan, rakan-rakan, masyarakat setempat serta diri sendiri
               yang signifikan dalam kehidupan seharian. Program ini bukan sahaja untuk usaha memberi
               peningkatan diri dalam pekerjaan malah ia juga lebih mengutamakan tentang sahsiah diri
               dan pembentikan akhlak yang lebih baik.


                                         === Memahami Keperluan Anda ===
   1   2   3   4   5   6   7   8