Page 75 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 75

E-PENGURUSAN SEKOLAH
                                                                 SK ULU LUIT
                                                                TAHUN 2020




               OBJEKTIF

               Pada  dasarnya  gerak  kerja  kokurikulum  adalah  sebahagian  daripada  kurikulum
               sekolah  dan  setiap  pelajar  mesti  melibatkan  diri.  Dengan  harapan  gerak  kerja  di

               dalam atau di luar bilik darjah ini akan dapat memperkembangkan jasmani, emosi,

               rohani  dan  intelek  bagi  pembentukan  nilai-nilai  estetika  serta  sosial  yang
               positif.

                     Perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial,
                       jasmani dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

                     Pengukuhan interaksi dan intergrasi di kalangan pelajar sekolah.

                     Peningkatan minat, bakat dan kemahiran dalam gerak kerja kokurikulum yang
                       diceburi.

                     Pengukuhan dan perkayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta

                       perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
                     Pengisian  masa  lapang  pelajar  dengan  berfaedah,  memberi  kegembiraan

                       serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
                     Peningkatan  disipplin  pelajar  melalui  penyemaian  dan  pemupukan  nilai-nilai

                       dan sikap positif selaras dengan hasrat rukun negara.

                     Peningkatan  suasana  sekolah  yang  lebih  menarik  dan  mengembirakan
                       pelajar.

                     Penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah , ibu bapa

                       dan masyarakat.
                     Menguruskan pengelolaan program dan aktiviti peringkat daerah, negeri dan

                       kebangsaan.

                     Membentuk  pelajar  cemerlang  kokurikulumyang  mempunyai  identiti  yang
                       dihormati  daripada  aspek  kebolehan,  kemahiran,  dedikasi,  bersemangat,

                       berdisiplin  dan  berdaya  saing  di  peringkat  sekolah,  daerah,  negeri  dan
                       kebangsaan.

                     Bekerjasama dengan badan induk bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan (NO)

                       untuk menyelaras dan menyusun atur program dan aktiviti kokurikulum.
                     Bertanggungjawab  menjaga  imej,  nama  baik  dan  wibawa  Daerah  Maran

                       khususnya Pejabat Pelajaran daerah Maran.
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80