Page 71 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 71
E-PENGURUSAN SEKOLAH
SK ULU LUIT
TAHUN 2020
9. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KANTIN & RMT
1. Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan /
Pendidikan.
2. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
3. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan dengan syarat-syarat perjanjian
dan senarai harga dipamerkan.
4. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan adalah bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
5. Memastikan keadaan di dalam dan di luar kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih,
kemas dan ceria.
6. Memastikan semua penjual dan kakitangan bertugas di kantin sentiasa memakai apron dan
tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.
7. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung salji/kain maslin/disimpan di dalam
bekas yang bertutup.
8. Memastikan makanan yang disediakan untuk jualan harian adalah mencukupi.
9. Memastikan menu makanan RMT disediakan seperti dalam jadual.
10. Senaraikan tugas guru-guru mengawasi RMT.
11. Mengedarkan borang maklumat murid yang berkaitan dengan pendapatan ibubapa untuk
panduan pemilihan.
12. Memilih murid-murid menyertai program RMT.
13. Perundingan dengan pihak kantin untuk penyediaan makanan untuk murid-murid RMT.
10. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BINA INSAN
1. Menyediakan fail-fail berkaitan Bina Insan.
2. Merancang serta melaksanakan program-program bagi membentuk sahsiah dan peribadi
murid ke arah lebih cemerlang dan lebih bertakwa.
3. Membentuk hubungan yang baik dengan semua pihak dalam komuniti setempat.
11. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA ASET
1. Menyediakan fail-fail yang berkaitan dengan aset alih kerajaan.
2. Membuat penyeliaan bangunan dan perabot sekolah.
3. Melapor sebarang kerosakan bangunan dan perabot.
4. Merekodkan laporan.
5. Memohon hapus kira bagi perabot yang telah rosak.

