Page 70 - e-PENGURUSAN SKULWAYS 2020
P. 70
E-PENGURUSAN SEKOLAH
SK ULU LUIT
TAHUN 2020
6. BIDANG TUGAS PENDAFTARAN MURID & APDM
1. Menyelia dan menyemak input data peribadi murid oleh guru kelas dalam sistem
maklumat murid.
2. Memastikan data dan maklumat sahih, lengkap, tepat dan kemaskini tanpa
kekeliruan dengan bantuan dan kerjasama guru kelas.
3. Menggabungkan semua data maklumat sekolah dan menghantar SMM terkini
kepada PPD/JPN pada masa yang ditetapkan. (Jan, Jun & Oktober)
4. Menghadiri taklimat dan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk mendapatkan
maklum balas SMM terkini.
5. Mencetak Data maklumat Murid (dibukukan) untuk rujukan pihak sekolah dan pihak luar.
6. Menghantar Analisis Kehadiran Murid setiap bulan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.
7. Membuat pendaftaran murid-murid baru.
8. Menyelia serta memastikan data murid lengkap dalam sistem APDM.
9. Bekerjasama dengan guru kelas bagi memastikan kehadiran murid telah dikemaskini setiap
hari pada waktu yang ditetapkan.
10. Menyediakan fail APDM.
11. Mencetak seta mendokumentasikan rekod kehadiran murid (harian ,mingguan serta
tahunan).
12. Sentiasa ‘alert’ dengan sebarang perubahan dan info berkaitan APDM.
7. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
1. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah
pendidikan pencegah dadah seperti program ceramah 5 minit anti dadah.
2. Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah , pameran dan
pertandingan-pertandingan bertemakan anti dadah.
3. Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam penyalah-
gunaan dadah seperti merokok, menghidu gam dan melaporkan kes-kes tersebut
kepada pihak sekolah.
4. Menubuh Kelab Anti Dadah dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya.
5. Menganjurkan Minggu Anti Dadah dan Anti Merokok
8. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA BANTUAN & KEBAJIKAN MURID
1. Menyenaraikan murid-murid miskin dan yatim serta menentukan tahap kemiskinan keluarga.
2. Berikhtiar untuk mendapatkan bantuan dengan segera jika diperlukan.
3. Berurusan secara langsung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat jika perlu.
4. Menjalankan kempen kesedaran kepada murid-murid faedah menabung (akaun bank).
5. Bertindak sebagai pemudah cara dengan agensi kewangan yang menjalankan kempen
menabung (akaun bank).
6. Menyediakan semua fail berkaitan KWAPM.
7. Mengenal pasti murid-murid yang layak menerima bantuan KWAPM.
8. Menyediakan data-data lengkap bagi murid-murid yang menerima bantuan KWAPM.
9. Melengkapkan data-data KWAPM bersesuaian dengan surat siaran daripada Kementerian
Pelajaran Malaysia.
10. Bertindak sebagai pemudah cara dengan ibu bapa / penjaga berkaitan dengan bantuan
KWAPM.
11. Menyediakan fail-fail berkaitan biasiswa dan bantuan Yayasan Pahang.
12. Menyediakan data yang lengkap bagi murid-murid yang menerima bantuan Yayasan
Pahang.
13. Menghantar laporan kepada pihak yang terlibat berkaitan murid-murid yang menerima
bantuan Yayasan Pahang.
14. Bertindak sebagai penyelaras dalam majlis penyampaian bantuan Yayasan Pahang.

