Page 124 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 124

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID  2019



                                        SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA HEM


             1.   Jawatankuasa Hal Ehwal Murid – Ketua-Ketua Bahagian

             1.1   Membantu Unit HEM dalam hal-hal pengurusan, perancangan, pemantauan dan pelaksanaan
                   program-program dengan jaya.
             1.2   Mengadakan perbincangan bersama pihak pentadbir untuk mengenalpasti program-program
                   peningkatan akademik dan sahsiah sekolah.
             1.3   Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang 4 kali setahun bersama ahli-ahli Jawatankuasa bagi
                   memastikan segala program yang dirancang berjalan dengan lancar dan berjaya.
             1.4   Menyediakan surat panggilan mesyuarat serta menyiapkan minit mesyuarat dan mendapatkan
                   maklumbalas bagi mesyuarat berikutan.
             1.4   Mengemaskini fail-fail berkaitan serta menyediakan laporan aktiviti yang dijalankan.
             1.5    Memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan didokumentasikan.


             2.   Jawatankuasa Disiplin

             2.1   Bersidang pada bila-bila masa untuk memutuskan tindakan / hukuman / tindakan susulan.
             2.2   Membuat laporan bertulis untuk tindakan sekolah dan JPN.
             2.3   Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk memaklumkan tindakan yang diambil dan jika perlu menjemput
                   mereka hadir.
             2.4   Mendengar rayuan murid yang bermasalah.
             2.5   Merujuk murid kepada Guru Kaunseling untuk tindakan selanjutnya.
             2.6   Menjalankan tindakan terhadap salah laku mengikut peraturan dan garis panduan pekeliling yang
                   berkaitan.
             2.7   Mengisi SSDM online setiap bulan dan dihantar salinan ke PPWS.
             2.8   Menubuhkan satu pasukan ahli Kelab Pencegahan Jenayah yang akan membantu Guru Disiplin.
             2.9   Menyediakan dokumentasi bagi setiap program yang telah berlangsung.


             3.   Jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling

             3.1   Menjalankan sesi kaunseling individu/kelompok untuk murid yang memerlukan.
             3.2   Merancang dan melaksanakan program-program memotivasikan murid dan kemahiran belajar.
             3.3   Memilih PRS dari kalangan murid dan melatih mereka untuk menjalankan tugas tersebut.
             3.4   Mengelola dan menguruskan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
             3.5   Memberi maklumat kursus-kursus di IPT dan kerjaya kepada murid.
             3.6   Memaklumkan kepada murid tentang permohonan ke Matrikulasi/IPT/peluang biasiswa.
             3.7   Membantu pihak pentadbir untuk menjalankan kajian untuk kebaikan sekolah.
             3.8   Menjalankan Ujian Psikometrik/IKP kepada murid serta mengumpul data untuk analisis
             3.9   Menguruskan fail dan dokumen yang berkaitan.
             3.10  Menyediakan laporan kaunseling bulanan untuk diserahkan kepada GPK HEM.
             3.11  Menjalankan program-program ikut keperluan semasa
             3.12  Menyediakan dokumentasi bagi setiap program yang telah berlangsung





                                                                            PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
                                                                     SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR    99
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129