Page 126 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 126
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2019
5 Jawatankuasa Penyelenggaraan
A. Jawatankuasa keselamatan bekalan elektrik
5.1 Membuat pemantauan terhadap kawasan bangunan sekolah mengikut keperluan.
5.2 Melaporkan kerosakan dengan kadar segera kepada pihak-pihak tertantu.
5.3 Mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan yang dikemukakan oleh warga sekolah.
5.4 Mengiringi pegawai yang dilantik oleh JPWP untuk membuat lawatan tapak.
5.5 Mengambil gambar setiap kerosakan yang dilaporkan.
5.6 Membaiki kerosakan sekiranya guru mempunyai kepakaran.
5.7 Menyediakan dokumentasi berkaitan kerosakan dan diserahkan kepada Pengetua pada akhir
bulan Ogos setiap tahun.
5.8 Mengurus dan mengambil tindakan terhadap inventori kelas terutama alat yang rosak.
5.9 Menyediakan pelan atur bangunan sekolah sebagai persediaan untuk tujuan keselamatan.
5.10 Mengenalpasti kerosakan elektrik dan membuat laporan kepada JKR/Pengetua untuk tindakan
selanjutnya.
5.11 Membuat rondaan dengan kerap untuk memastikan:-
a) Litar elektrik dalam keadaan selamat.
b) Pagar sekolah dalam keadaan kukuh.
5.12 Membuat peraturan tentang penggunaan peralatan elektrik di kawasan sekolah.
5.13 Melabelkan kawasan berbahaya dan tanda amaran.
5.14 Membuat risalah tentang polisi sekolah selamat untuk diedarkan kepada murid.
5.15 Membuat laporan kepada pihak polis dengan segera apabila berlaku pencerobohan
kawasan/kecurian.
B. Jawatankuasa keselamatan bekalan air
5.16 Memastikan bekalan air cukup untuk kegunaan warga sekolah.
5.17 Menghubungi pihak tertentu sekiranya terdapat kerosakan bekalan air.
C. Jawatankuasa bangunan dan perabot
5.18 Memastikan meja/kerusi yang secukupnya untuk kegunaan murid dan guru.
5.19 Mengeluarkan perabot rosak dan menguruskan pembuangan semasa gotong royong.
5.20 Memastikan bangunan sekolah seperti lantai/dinding/siling tiada kerosakan.
5.21 Melaporkan setiap kerosakan dan memastikan tindakan diambil dengan segera.
6 Jawatankuasa Majlis Ketua Tingkatan
6.1 Memastikan setiap Ketua Tingkatan mengenali dan melaksanakan tugas dan
tanggungjawab masing-masing.
6.2 Menguruskan kursus kepimpinan bagi Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan.
6.3 Menguruskan Majlis Pelantikan / Majlis Penghargaan Ketua Tingkatan.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR 101

