Page 125 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 125
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2019
4. Jawatankuasa 3K (Kebersihan & Keceriaan, Keselamatan, Kesihatan)
A. Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan
4.1 Mengenali Panitia/Jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas bilik-bilik khas.
4.2 Membahagikan kawasan sekolah kepada unit-unit kokurikulum
4.3 Memastikan keceriaan dan kebersihan kawasan/bilik berkaitan sentiasa dijaga.
4.4 Memastikan guru bertugas berkenaan mengemaskini maklumat yang dipaparkan dengan baik.
4.5 Merancang, mengurus dan melaksana gotong royong di sekolah.
4.6 Membentuk JK pelaksana dan mengadakan mesyuarat untuk membincang tugas guru.
4.7 Menyediakan jadual tugas bagi semua warga yang terlibat.
4.8 Menghubungi pihak luar untuk mendapat bantuan semasa menjalankan gotong royong Perdana.
4.9 Berhubung dengan PIBG bagi melibatkan para ibu bapa dalam aktiviti gotong royong Perdana.
4.10 Menguruskan gotong royong pada awal tahun dan akhir tahun serta Gotong Royong Perdana.
4.11 Mendapatkan sumbangan PIBG untuk pembelian pokok/cat bagi keceriaan sekolah.
4.12 Memberi maklumat kepada murid menjaga kebersihan kawasan sekolah.
B. Jawatankuasa Keselamatan
Keselamatan di kawasan sekolah
4.13 Memastikan keselamatan murid di kawasan sekolah seperti tempat jalan murid selamat, longkang
tertutup, pemegang tangga tidak berkarat, bangku di sekitar taman selamat untuk kegunaan murid.
4.14 Melabelkan kawasan berbahaya dan tanda amaran.
4.15 Membuat risalah tentang polisi sekolah selamat untuk diedarkan kepada murid.
Keselamatan di Jalan Raya
4.16 Memastikan keselamatan murid di jalan raya semasa pergi/balik sekolah.
4.17 Memberi maklumat kepada murid tentang keselamatan semasa di jalan raya.
Keselamatan Aktiviti Padang
4.18 Memastikan keselamatan murid sentiasa terjaga semasa menjalankan aktiviti di padang.
4.19 Memastikan keadaan padang dan peralatan dalam keadaan baik untuk digunakan oleh murid.
Kawad Kebakaran
4.20 Menyediakan pelan atur bangunan sekolah sebagai persediaan untuk tujuan keselamatan.
4.21 Mengadakan latihan kawad kebakaran.
4.22 Menyedia/menyimpan alat pemadam api di tempat yang sesuai yang dapat digunakan dan
disahkan oleh Jabatan Bomba.
4.23 Memastikan kebersihan bilik-bilik elektrik terjaga serta kelengkapan mencukupi.
4.24 Memastikan orang yang menguruskan bilik/tempat, mengurus dengan baik.
4.25 Pengurus syarikat perkhidmatan bertanggungjawab ke atas pekerja-pekerjanya (kantin, pengawal,
pekerja kebersihan).
C. Jawatankuasa Kesihatan
Kesihatan
4.26 Memastikan Bilik Rawatan sedia apabila jururawat datang untuk rawatan gigi/suntikan.
4.27 Memastikan Buku Kesihatan/Kad Pergigian murid diuruskan dengan baik.
4.28 Menguruskan murid semasa lawatan doktor/jururawat.
4.29 Menyediakan peraturan penggunaan Bilik Sakit.
4.30 Memastikan guru bertugas harian dan murid mengenali peraturan Bilik Sakit
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR 100

