Page 130 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 130

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID  2019



                                       BIDANG TUGAS: PENYELIA TINGKATAN


               1.  Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan bawah seliannya.

                  Hendaklah mendapat persetujuan Penolong Kanan Pentadbiran terlebih dahulu

               2.  Kuota murid mengikut kaum mestilah dipatuhi. Maklumkan kepada Penolong Kanan

                  Pentadbiran(PKP). Menerima kemasukan murid baru dan membuat penempatan mengikut
                  kelulusan dan minat / aliran murid tersebut.


               3.  Membantu guru tingkatan membuat pengagihan Buku Bantuan Kerajaan (SPBT).
                  Memaklumkan kepada GPK HEM dan Guru Biasiswa calon murid yang layak mendapat

                  bantuan dan biasiswa.


               4.  Memaklumkan kepada Pengetua , PKP dan GPK HEM tentang jumlah murid setiap kelas dari

                  semasa ke semasa.


               5.  Penyelia Tingkatan bertanggungjawab membantu Setiausaha Peperiksaan Dalaman, PMR dan
                  SPM dalam pengendalaian ujian dan peperiksaan sepanjang tahun.


               6.  Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan dalam Daftar Masuk (ikut
                  Tingkatan) dengan kemas dan teratur.


               7.  Memastikan Guru Tingkatan menyediakan semua dokumen yang diperlukan oleh murid yang
                  pindah sekolah. (Rujuk Senarai Semak sekolah)


               8.  Bekerjasama dengan Guru Tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat sekolah


               9.  Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan SPM untuk menyediakan bilik-bilik peperiksaan
                  bagi peperiksaan awam


               10. Perlu berada di sekolah pada hari pendaftaran murid baru dan membantu guru tingkatan
                  untuk mengagihkan kemasukkan murid.


               11. Memastikan Guru Tingkatan 1 memberi bilangan, nombor pendaftaran dan kemasukan butir
                  murid dalam buku Pendaftaran. Buku ini mesti disimpan di pejabat.


               12. Merancang dan menguruskan program PASCA PMR. Bekerjasama dengan kaunselor.

                                                                          PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
                                                                   SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR   105
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135