Page 140 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 140

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID  2019



                    BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS DAN GURU PENYAYANG HARIAN / MINGGUAN

        1.    Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sekolah bermula dan
            pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.

        2.    Memeriksa  kelas-kelas bagi memastikan bilik-bilik kelas telah disapu, sampah-sarap telah dibuang
            serta lampu, kipas, tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

        3.    Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan sebelum loceng pertama
            dibunyikan; sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah; jika perlu.

        4.    Mengawasi kebersihan tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. Merekodkan laporan
            kebersihan setiap blok bangunan / tandas / kantin / kawasan sekolah secara terperinci.

        5.    Memeriksa kebersihan kantin serta mutu makanan yang dijual.

        6.    Menguruskan rawatan murid yang sakit dengan mengeluarkan surat kebenaran ke hospital, merekod
            nama murid, menghubungi pihak hospital (sekiranya murid kritikal, mengiringi ambulan ke hospital),
            menghubungi ibu bapa / penjaga. Menunggu bersama murid di hospital sehingga ibu / bapa / penjaga
            murid sampai.

        7.    Memastikan murid menepati waktu datang ke sekolah dan pulang, serta mengawasi murid pada waktu
            rehat dan masa pertukaran guru.

        8.    Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

        9.    Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
                sekolah.

        10.  Mencatatkan program-program sekolah yang dijalankan secara terperinci.

        11.  Membuat catatan tentang perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari persekolahan ke
            dalam Buku Laporan Guru Bertugas. Antara perkara-perkara yang dicatat ialah:-

                 11.1  Nama guru tidak hadir
               11.2    Murid sakit / balik awal
               11.3    Lawatan-lawatan dari pihak luar / maklumat pelawat
               11.4    Pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan oleh Guru-guru
               11.5    Laporan terperinci tentang perkara yang disebut dalam ucapan Pengetua /
                            Penolong Kanan
               11.6    Pemantauan kebersihan dan keceriaan kelas / kawasan sekolah
               11.7    Aktiviti yang dijalankan

        12.  Membuat lampiran laporan yang terperinci dan dilampirkan dalam Buku Laporan Guru Bertugas yang
            disediakan, sekiranya ada perkara yang perlu dilaporkan terus kepada Pengetua atau pentadbir supaya
            tindakan segera dapat diambil.

        13.   Mengisi Borang Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas (Mingguan)

        14.   Perhimpunan
               14.1    Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
                                                                       PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
                                                                SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR   115
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145