Page 144 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 144
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2019
PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BUKU JADUAL KEDATANGAN (REGISTER)
1. Sila baca PERATURAN yang dicetak dalam buku Jadual Kedatangan dengan teliti dan ambil
tindakan sewajarnya.
2. Buat rumusan (tutup register) pada hari terakhir setiap bulan. Tindakan ini mesti diambil dengan
segera dan tidak boleh ditangguhkan.
3. Pada Ruangan Jumlah Yang Tidak Hadir dibahagikan kepada 2 ruangan iaitu untuk bilangan yang
Tidak hadir bersebab dan Ponteng (Tidak hadir tanpa surat).
4. Ambil tindakan menghantar surat peringatan dan Amaran 1/2/3 mengikut prosedur (Rujuk
Lampiran ).
5. Catatkan tarikh murid Buang Sekolah / Berhenti Sekolah / Pindah Sekolah dengan jelas. Surat Buang
Sekolah / Mohon Berhenti, perlu dihantar satu salinan untuk dimasukkan dalam fail di pejabat .
6. Kekalkan nama murid dalam senarai setiap bulan dan tulis catatan ( Pindah Sekolah / Berhenti
Sekolah / Buang Sekolah ).
7. Lengkapkan maklumat peribadi murid, maklumat peribadi ibu bapa dan kegiatan kokurikulum murid
dalam tempoh satu bulan (Januari).
8. Pada ruangan “catatan’ dalam muka surat MAKLUMAN DAN PERIBADI MURID, sila catatkan status
murid sama ada
a. Yatim (kematian bapa)
b. Piatu (kematian ibu)
c. Yatim piatu (kematian ibu bapa)
(Maklumat ini perlu dikemaskinikan sekiranya status murid berubah.)
9. Buku Register hendaklah disimpan di pejabat sebelum pukul 9.00 pagi.
10. Pengurusan yuran mesti dibuat dengan teliti dan kemas. Buat rumusan pada akhir tahun.
11. Nama penuh murid mesti ditulis setiap bulan termasuk bulan Disember dalam huruf besar dan
menggunakan pen hitam.
12. Bagi murid BUKAN WARGANEGARA mesti dicatatkan di ruang nombor pendaftaran .
Contohnya : 12134/BW
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR 119

