Page 143 - BUKU PENGURUSAN SMP 2019
P. 143
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2019
PANDUAN PENGURUSAN BUKU PENDAFTARAN MURID
A. Murid Tingkatan 1 dan Peralihan.
1. Penyelia Tingkatan akan menetapkan ruangan untuk murid baru mengikut kelas.
2. Guru Tingkatan hendaklah mengisi butir-butir peribadi murid dengan lengkap sebelum bulan Mac.
3. Guru Tingkatan hendaklah mencatat no.pendaftaran murid dan rumah sukan di dalam Jadual Kedatangan
dengan kemas dan betul.
4. No.Pendaftaran perlu ditulis setiap bulan / helaian.
B. Murid Baru Mendaftar
1. Penyelia Tingkatan akan mendaftarkan nama murid dan menentukan Rumah Sukan.
2. Guru Tingkatan hendaklah mencatatkan butir-butir peribadi murid selewat-lewatnya selepas 2 minggu murid
mendaftar. Catatkan no.pendaftaran dan rumah sukan di dalam Jadual Kedatangan.
3. Guru Tingkatan perlu mencatat tarikh murid meninggalkan sekolah ini (berhenti/pindah) sekiranya murid
berpindah/berhenti sebelum tamat tingkatan 5.
C. Ruangan ( Catatan )
1. Yatim - Murid tiada bapa
2. Piatu - Murid tiada ibu
3. Yatim piatu - Murid tiada ibu dan bapa.
* Maklumat murid perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
PANDUAN PENGURUSAN TAKWIM 2019
SMK PEREMPUAN JALAN IPOH, KUALA LUMPUR 118

