Page 60 - Ini-Doaku
P. 60
Dalam menjelaskan hadith ini, Ibn Battal dalam Syarh Sahih al-Bukhari
berkata: “al-`Ahd bermaksud perjanjian yang Allah ambil daripada
hamba-hambanya ketika penciptaan mereka yang mula-mula,
semasa Dia mengeluarkan mereka daripada sulbi bapa mereka (Adam)
seumpama zarah dan menyaksikan mereka bersaksi atas diri mereka
sendiri: “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar
(Engkaulah Tuhan kami).” Maka mereka mengakui ketuhanan Allah ketika
mereka berada dalam keadaan asal kejadian, mereka tunduk dan patuh
pada sifat Wahdaniyah-Nya.
Manakala al-wa`d bermaksud janji Allah Taala kepada mereka
bahawa barangsiapa dalam kalangan mereka yang mati dalam keadaan
tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, kemudian menunaikan
apa yang telah difardukan Allah ke atasnya maka masuklah Syurga.
Hendaklah setiap orang beriman itu berdoa kepada Allah Taala agar
mematikannya dalam (memegang kukuh) perjanjian tadi, serta dimatikan
dalam iman, supaya dapat mengecapi apa yang telah dijanjikan Allah Taala
bagi sesiapa yang mengotakan yang demikian itu, kerana mengikut cara
Nabi SAW apabila berdoa untuk perkara itu. Ini juga serupa dengan apa
yang diminta oleh para nabi AS dalam doa-doa mereka.” (Lihat Syarh
Sahih al-Bukhari, 10/76)
Al-Haf z Ibn Hajar menaqalkan perkataan Ibn Jamrah yang menyebut
bahawa di dalam hadith ini, Nabi SAW telah menghimpunkan seni makna-
makna serta lafaz-lafaz yang indah dan dengan itu melayakkan ia digelar
sebagai penghulu segala istighfar. Di samping itu juga, terdapat padanya
ikrar kepada Allah yang Esa akan keEsaan-Nya dan juga Ubudiyyah
kepada-Nya (yang hanya berhak disembah).
Tambahan pula, di dalamnya terdapat pengiktirafan (daripada hamba)
bahawa Allah adalah Pencipta dan beriqrar dengan janji yang diambil oleh
Allah ke atasnya. Selain itu, berserah dengan apa yang telah ditetapkan oleh
Allah kepadanya serta memohon perlindungan (daripada Allah) dari segala
kejahatan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu terhadap dirinya.
57 57

