Page 78 - Ini-Doaku
P. 78
ِ ِ
ّ
َ كنيد ىَ لع يِ بْ ل َ ـق ْ تّ بَ ـث ِ بوُ لُ قلا بلَ قم اي
َ
َ ُ َ
(“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku
di atas agama-Mu.”)
Ummu Salamah menyebut: “Aku berkata kepada Rasulullah SAW;
ِ ِ
”.
“Wahai Rasulullah! Betapa kerap engkau berdoa: “ . َ كنيد َ ل َ ع ي ِ بْلَق ْ تّ بَث ِ بوُلُقْلا َ بّ لَق ُ م ا َ ي
Lalu Baginda SAW menjawab: “Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya
tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam
genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka
Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia
akan membelokkannya.”
Riwayat Imam Ahmad (26618)
dan al-Tirmizi (3522)
Lihat juga artikel di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
bertajuk al-Kaf #856: Doa yang Kerap Dibaca oleh Nabi SAW untuk
bacaan lanjut.
15. Doa ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina
‘Aisyah R.Anha, di mana beliau berkata bahawa Rasulullah SAW
mengajarkan kepada beliau doa ini.
Imam al-Munawi dalam menjelaskan hadith tersebut, telah menukilkan
bahawa al-Hulaimi berkata: “Ini termasuk kata-kata yang ringkas dan padat,
di mana Syari’ menganjurkan untuk berdoa dengannya. Ini kerana ketika
dia berdoa dengannya, maka dia telah memohon kepada Allah semua
kebaikan dan dia berlindung kepada-Nya daripada segala kejahatan.”
(Lihat Faidh al-Qadir, 2/162)
75 75

