Page 83 - Ini-Doaku
P. 83

ِ
                                             ِ ِ
                                     َ ْ
                              َ
                                                            ِ ِ ّ 
                                                         َ
                  و ُ ه َ و ،ء َ مسلا  ِ ف ل  َ و  ِ ضرلا  ِ ف ء ْ َ ش همسا عم  ّ  ُ ضي ل  يذّ لا ل  ا ِمسِب
                                                ْ َ َ
                                                        َ
                                         ٌ
                                    ْ
                  َ
                         ّ 
                                                                   ْ
                                                                 ِ
                                                            ِ
                                                          ميلعْلا عيمسلا
                                                                ُ
                                                          ُ َ
                                                                   ّ 
                 (“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun
                 yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit,
                 Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”)
                 sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang
                 secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya
                 ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala
                 yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”
                                          Riwayat Abu Daud (5088), al-Tirmizi (3388),
                                          Ibn  Majah  (3869),  al-Nasa’ie  dalam  al-
                                          Sunan al-Kubra (10178) dan Ahmad (446).
                                          Menurut  Syeikh  Syuaib  al-Arna’uth,  hadith
                                          ini adalah hasan.
              Di dalam hadith ini dinyatakan akan kelebihan orang yang membaca
           doa ini pada awal siang hari dan awal malam hari. Doa tersebut dimulakan
           dengan menyebut nama Allah bagi memohon perlindungan-Nya daripada
           segala keburukan yang mana tidak akan memberi mudarat sesuatu pun
           dengan  nama Allah  apabila  ia  diucapkan  dengan  pegangan  yang  betul
           dan niat yang ikhlas. Adapun, kita bukan sahaja memohon perlindungan
           daripada keburukan dari bumi sahaja, bahkan juga keburukan dari langit
           iaitu apa-apa yang turun dari langit. Tambahan pula, Allah SWT bersifat
           Maha mendengar iaitu akan ucapan-ucapan kita dan Allah juga bersifat
           Maha Mengetahui akan keadaan kita. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 9/234)

              Di  samping  itu  juga,  tidak  memberi  mudharat  dengan  nama-Nya  di
           dalam  doa  ini  juga  membawa  maksud  bahawa  penduduk  bumi  berada
           di  dalam  keadaan  aman  dan  selamat  disebabkan  keberkatan  nama
           Allah  SWT serta keterikatan dengan-Nya. Samalah keadaannya kepada
   80
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88