Page 80 - Ini-Doaku
P. 80
Setelah itu, Nabi SAW bersabda: “Sepuluh ayat diturunkan padaku.
Barangsiapa melaksanakannya akan masuk syurga.” Baginda kemudian
membaca (ayat-ayat dari surah al-Mukminun): “ َ” (Sesungguhnya
ِ
نو ُ نم ْ ؤمْ لا حَ لـفَ أ ْ دَ ق
ُ َ ْ
berjayalah orang-orang yang beriman..) sehingga sepuluh ayat.
Al-San’ani dalam menjelaskan doa di atas, antara lain menyebut:
Maksud “ ” adalah tambahkanlah kami daripada segala kebaikan sama
ِ
اَنْدز ّ م ُ هّ للا
ada dalam perkara agama atau duniawi. Manakala maksud ungkapan
“ ” adalah muliakanlah kami dengan ketaatan kepada-Mu dan
اّ نِ ه ُ ت َ ل و ا َ نمِ رْ كَ أ
َ ْ
dan jangan hinakan kami dengan maksiat terhadap-Mu. Sesungguhnya
ketaatan merupakan faktor kemuliaan di dunia dan akhirat, manakala
maksiat merupakan faktor kehinaan pada kedua-duanya. (Lihat al-Tanwir
Syarh al-Jami’ al-Saghir, 3/100)
17. Doa ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin
Husain R.A, bahawa Nabi SAW pernah mengajar bapanya, dua kalimat
yang dibaca di dalam doa:
ِ َ
ِ
ِ
ِ ِ َ
ِ سْفَن ّ َ ش نم ِ ن ْ ذعأو ،يد ْ شر ينم ْ لأ م ُ هّ للا
َ
ْ
ُ
ْ
ّ
Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan
dan lindungilah aku daripada kejahatan nafsuku.”
Syeikh al-Mubarakfuri menyebut, yakni berikanlah tauf k padaku kepada
al-rusyd iaitu petunjuk kepada kebaikan. Dan lindungilah aku daripada
kejahatan nafsuku, yakni peliharalah aku daripada kejahatannya di mana
ia adalah tempat tumbuhnya perkara-perkara yang keji. (Lihat Tuhfah al-
Ahwazi, 9/455)
77 77

