Page 99 - Ini-Doaku
P. 99

Al-Haf z Ibn Hajar menukilkan bahawa al-Qadhi ‘Iyadh berkata: “Nabi
           SAW sering berdoa dengan doa ini kerana pada doa ini terkumpul makna
           doa seluruhnya, baik yang berhubungan dengan perkara dunia mahupun
           akhirat. (Lihat Fath al-Bari, 14/430)

              Imam Ibn Kathir pula menjelaskan bahawa doa ini meliputi pelbagai
           kebaikan  di  dunia  dan  menjauhkan  segala  kejahatan.  Ia  mencakupi
           permintaan  yang  bersifat  duniawi  seperti  kesihatan,  rumah  yang  luas,
           isteri  yang  cantik,  rezeki  yang  melimpah,  ilmu  yang  bermanfaat,  amal
           soleh, kenderaan yang baik, pujian dan sebagainya.


              Kebaikan di akhirat pula mencakupi masuk ke dalam syurga – yang
           merupakan  kebaikan  yang  tertinggi  –  kemudahan  hisab  dan  pelbagai
           urusan  akhirat  yang  lain.  Manakala  keselamatan  dari  api  neraka  pula
           bererti juga kemudahan dari pelbagai faktor penyebabnya di dunia, iaitu
           berupa perlindungan daripada segala dosa dan larangan serta terhindar
           daripada pelbagai syubhat dan perkara haram. (Lihat  Tafsir al-Quran
           al-‘Azim, 1/390)

              Kami  berdoa  kepada  Allah  SWT,  semoga  buku  doa  yang  ringkas
           ini, yang kami tajukkan dengan “Inilah Doaku” menjadi amalan kita di
           samping doa-doa yang lain. Semoga kita memperolehi segala hajat dan
           kebahagiaan hidup di dunia seterusnya di akhirat. Amin.

















   96
   94   95   96   97   98   99