Page 96 - Ini-Doaku
P. 96
bersamanya melihat musuhnya dalam jumlah yang besar, mereka pun
berlindung kepada Allah SWT. Mereka lalu berdoa memohon supaya
hati mereka dipenuhi kesabaran, ketabahan, manakala langkah
mereka diteguhkan untuk berperang serta ditanamkan perasaan penuh
kepercayaan dan ketenangan.
Hakikatnya mereka ini memerhatikan tertib sifat alam semasa
berdoa, sesuai dengan cara untuk memperoleh kemenangan. Ini kerana,
kesabaran menjadi faktor keteguhan dan keteguhan pula menjadi faktor
kemenangan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 1/554)
30. Sayyid Qutb dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Doa Nabi Sulaiman AS
ini dimulakan dengan “ِ ّ” (“Wahai Tuhanku!). Di sini beliau menggunakan
ّ ب َ ر
kata-kata seruan dari dekat dan secara langsung. Kemudian beliau
ِ ِ َ
memohon dengan “ ” (Ilhamkanlah aku) atau tumpahkan diriku yakni
ين ْ عز ْ وأ
kumpulkan seluruh diriku dan anggotaku, perasaanku, lidahku, hatiku,
f kiranku, perkataanku, susunan perkataanku, amalanku dan tujuanku.
Begitu juga seluruh daya tenagaku supaya seluruhnya ditumpukan “agar
tetap bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku
dan kepada kedua-dua ibubapaku.”
Ungkapan ini membayangkan nikmat Allah yang telah mengharukan
hati Nabi Sulaiman AS pada saat itu dan menggambarkan bentuk
perasaan keterharuan, kekuatan tawajjuh dan rasa hatinya yang
bergelora ketika beliau menyedari nikmat Allah dan limpah kurniaan
kepadanya dan kepada kedua ibubapanya. Beliau mengalami nikmat
dan rahmat Allah itu dengan penuh perasaan lalu memohon seperti doa
di atas. (Lihat Tafsir Fi Zilal al-Quran, 12/155)
31. Ibn Kathir dalam Tafsirnya menyebut sebuah hadith yang diriwayatkan
daripada Ummu Salamah R.Anha, bahawa Nabi SAW selepas membaca
doa “ َ كنيد َ ل َ ع ي ِ بْلَق ْ تّ بَث ، ِ بوُلُقْلا َ بّ لَق ُ م ا َ ي
ِ ِ
93 93

