Page 97 - Ini-Doaku
P. 97

ِ



                                                               ده ذإ دعب اَنبوُلُق ْغ ِ زُت  َ ل  اَنّ ب َ ر(
              Baginda SAW membaca ayat ini   َ كن ُ دّ ل نم اَنَل  ْ ب َ ه َ و اَنَت ْ ي َ َ ْ ِ َ ْ َ َ
                     .) ُ با ّ  ه َ وْلا  َ تنأ  َ كّ ن ِ إ ًةَ ْ ح َ ر   . (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/15)
                    َ
              Syeikh al-Maraghi berkata bahawa orang yang dalam ilmunya akan
           segera  memohon  kepada Allah  SWT  agar  diri  mereka  dipelihara  dari
           segala kesesatan setelah mendapat hidayah, diberi sikap teguh untuk
           mengetahui  hakikat  sesuatu  dan  bersikap  lurus  sewaktu  menetapkan
           kebenaran.  Mereka  berdoa  kerana  sedar  akan  kelemahan  manusia,
           yang mempunyai watak berubah-ubah, lupa dan lemah serta takut jatuh
           dalam  kesalahan.  Sedangkan  kesalahan  itu  teman  karib  kebinasaan.
           (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/695)


           32.  Ibn  Kathir  menyebut  dalam  mentafsirkan  ayat  ini:  “Maksudnya
           kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya Engkau
           mengasihi kami. Dan tetapkanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam
           urusan kami. Dengan kata lain, jadikanlah kesudahan akhir kami di atas
           petunjuk yang lurus.” (Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 5/230)


           33.  Syeikh  Dr.  Wahbah  al-Zuhaili  menjelaskan:  “Ayat  ini  menjadi  dalil
           tentang  solidariti  (perpaduan/setiakawan)  antara  segenap  lapisan
           generasi  umat  ini,  mulai  dari  generasi  pertama  sehingga  generasi-
           generasi berikutnya. Ayat ini menunjukkan bahawa orang-orang Mukmin
           yang datang  kemudian dari generasi ke generasi diperintahkan untuk
           memohon  maghf rah  dan  keampunan  bagi  generasi  terdahulu  dari
           kalangan kaum Muhajirin dan Ansar.” (Lihat al-Tafsir al-Munir, 14/460)













   94
   92   93   94   95   96   97   98   99