Page 16 - KOLEKSI POSTER- PERKONGSIAN MURNI (EDISI COVID19 PKP3.0)
P. 16
http://bit.ly/e-JANJITEMU-KAUNSELOR
INFO KESEJAHTERAAN EMOSI (Edisi PKP 3.0) [SPsKPPDLMS/PKP3.0/12] [17/6/2021| (5 ZULKAEDAH 1442H)]
FALSAFAH ‘IKIGAI’
Ikigai adalah falsafah yang diterapkan dalam kehidupan seharian orang Jepun bagi
mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.
Iki 生 bermaksud hidup dan gai 甲斐 bermaksud hasil atau kesan dan Ikigai
生甲斐 secara ringkasnya bermaksud sebab atau tujuan kita hidup atau apa yang
membuatkan hidup kita bermakna bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.
Asal-usul pengamal Ikigai ialah di sebuah kepulauan Selatan Jepun iaitu Okinawa. Ia
menjadi tempat tinggal kepada kelompok manusia yang paling sihat dan happy di planet
ni. Secara puratanya mempunyai kadar jangka hayat sebanyak 83 tahun iaitu yang paling
tertinggi di dunia dengan putara umur kaum wanita adalah 86 tahun. (Laporan Pertubuhan
Kesihatan Dunia – WHO).
Penduduk Okinawa terkenal dengan budaya mengekalkan pandangan positif dan
berusaha untuk mencapai Ikigai, iaitu konsep yang membawa maksud ‘tujuan untuk hidup’
dan ‘tujuan untuk bangun setiap pagi’.
Kredit Gambar: Toronto Star
Ikigai mengajar kita sekiranya mahu berjaya dan bertahan lama dalam sesuatu benda
yang kita kerjakan, jangan kejarkan minat dan cita-cita semata-mata. Kita perlu
melakukan sesuatu yang boleh membantu atau membawa perubahan kepada orang lain.
Ini yang akan mendatangkan kepuasan dalam sesuatu yang kita lakukan.
(Sumber: https://mitcsb.wixsite.com/mitc/post/ikigai-rahsia-orang-jepun-umur-panjang-kekal-bahagia)
En. Zainalabidin bin Ramli Pn. Saleha binti Md. Noor
019-5159580 013-4179927

