Page 17 - KOLEKSI POSTER- PERKONGSIAN MURNI (EDISI COVID19 PKP3.0)
P. 17

http://bit.ly/e-JANJITEMU-KAUNSELOR










   INFO KESEJAHTERAAN EMOSI (Edisi PKP 3.0)        [SPsKPPDLMS/PKP3.0/13]         [18/6/2021| (6 ZULKAEDAH 1442H)]
           CARA  MENSYUKURI  NIKMAT DALAM



                                            KEHIDUPAN





         Syukur  bermaksud  ucapan,  perbuatan  dan  sikap  terima  kasih  atau  al-hamd;  pujian.
         Manakala dalam ilmu tasawuf pula, syukur bermaksud ucapan, sikap dan perbuatan terima

         kasih kepada Allah SWT dan  pengakuan  yang  tulus  atas  nikmat  dan  kurnia yang diberikan

         oleh Allah SWT.

         Terdapat  3  cara  untuk  menzahirkan  rasa  syukur  kita  iaitu  melalui  hati,  lidah  dan  anggota

         badan.

         1) Bersyukur Melalui Hati

         Perasaan  untuk  sentiasa  mengucapkan  syukur  dalam  hati  akan  menambahkan  ketaqwaan
         dan  keimanan  yang  berterusan  dalam  diri  setiap  manusia  tanpa  dilalaikan  dengan godaan

         dunia.


         2) Bersyukur Melalui Lidah

         Mengucapkan kalimah syukur (alhamdulillah). Pengucapan perkataan alhamdulillah di mulut
         adalah kesinambungan daripada rasa kesyukuran yang lahir dari hati kita sendiri.

         Kita haruslah membuktikan rasa bersyukur dengan cara menuturkan  perkataan yang baik dan

         menjauhkan  perkara  maksiat  melibatkan  lidah  seperti  bercakap  bohong,  mengumpat  dan
         memfitnah.

         3) Bersyukur Melalui Anggota Badan

         Tanda  bersyukur  dengan  anggota  badan  ialah  dengan  cara  menggunakannya  untuk  tujuan

         kebaikan.  Jauhkan  anggota  badan  daripada  melakukan  perbuatan  jahat.  Setiap  bahagian
         anggota badan akan menjadi saksi di akhirat nanti atas apa yang kita lakukan di dunia ini.

         Imam  Ghazali  menegaskan  bahawa  mensyukuri  anggota  badan  yang  diberikan  oleh  Allah

         meliputi  7  anggota  badan  yang  penting  iaitu  mata,  telinga,  lidah,  tangan,  perut,  kemaluan
         (seksual) dan kaki.


                                                                     Sumber: Buletin Integriti Siri 3/2016, Unit Integriti KPM





                                                 En. Zainalabidin bin Ramli                Pn. Saleha binti Md. Noor
                                                 019-5159580                               013-4179927
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22