Page 126 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 126

5.1.4  Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di
                                       atas  dalam  borang  Rekod  Ponteng  Sekolah  dan  merekod
                                       hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).

                                5.1.5  Surat  Amaran  1,  2,  dan  3  mesti  diisi  dalam  3  salinan  dan
                                       ditandatangani oleh:
                                       5.1.5.1     Amaran 1 = PK HEM
                                       5.1.5.2     Amaran 2 = PK HEM
                                       5.1.5.3     Amaran 3 = PK HEM
                                       5.1.5.4     Buang Sekolah = Pengetua / Guru Besar
                                5.1.6  Salinan  1  adalah  untuk  ibu  bapa/penjaga,  salinan  2  untuk
                                       dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku dan salinan 3
                                       untukdimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas.

                                5.1.7  Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani
                                       oleh Pengetua / Guru Besar.
                                5.1.8  Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan
                                       telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
                                5.1.9  Selepas  surat Amaran  1,  murid hendaklah membawa  surat
                                       jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
                                5.1.10 Selepas  surat  Amaran  2, murid  hendaklah membawa  surat
                                       jawapan  daripada  ibu  bapa/penjaga  masing-masing  dan
                                       berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu.
                                5.1.11 Selepas  Amaran  3,  murid  mestilah  datang  ke  sekolah
                                       bersama-sama  ibu  bapa/penjaga  dan  berjumpa  dengan
                                       pengetua. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah
                                       Pengetua  /  Guru  Besar berpuas  hati  dengan  jaminan  yang
                                       diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat akur janji.





                                5.2.1  Semua  Guru  Kelas  mesti  memastikan  kelas  mereka
                                       mempunyai BPKM setiap hari.
                                5.2.2  BPKM akan diedarkan kepada Ketua Kelas pada waktu pagi
                                       oleh  Ketua  Guru  Disiplin.  Adalah  menjadi  tanggungjawab
                                       setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BPKM ke meja Ketua
                                       Guru Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
                                5.2.3  BPKM hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Kelas dan
                                       diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
                                5.2.4  Guru  diminta  mencatatkan  bilangan  murid  yang  berada  di
                                       dalam kelas pada masa tersebut.
                                5.2.5  Guru  juga  mestilah  mencatatkan  nama-nama  murid  yang
                                       keluar kelas/ lambat masuk kelas/ ponteng kelas semasa guru
                                       mengajar.
                                5.2.6  Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan
                                       kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BPKM.
                                5.2.7  Semua  kes  salah  laku  murid  yang  ringan  atau  sederhana
                                       mesti  diambil  tindakan  oleh  guru  berkenaan  semasa
                                       waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam
                                       BPKM untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya.



                                                                                       SKSI SMART
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131