Page 133 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 133

7.5.1  Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid
                                     menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas,
                                     bangunan dan kawasan sekolah.
                              7.5.2  Guru  Kelas  mestilah  sentiasa  mengingatkan  murid-murid
                                     kelasnya  supaya  menjaga  kebersihan  dan  keceriaan  kelas
                                     masing-masing.
                              7.5.3  Guru  Kelas  bertanggungjawab  mengambil  inisiatif  untuk
                                     menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria
                                     dan  kondusif  bagi  memudah  dan  membantu  dalam  proses
                                     Pembelajaran dan Pengajaran.
                              7.5.4  Guru  kelas  dibantu  oleh  Ketua  Kelas  bertanggungjawab
                                     memastikan kelas dibersihkan setiap hari iaitu 5 minit sebelum
                                     waktu pertama persekolahan.
                              7.5.5  Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab
                                     memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan
                                     Pembelajaran dan Pengajaran.
                              7.5.6  Murid-murid dikehendaki memastikan kerusi dan meja disusun
                                     teratur  sebelum  meninggalkan  kelas  pada  waktu  akhir
                                     persekolahan.



                              7.6.1  Guru  Penyelaras  Kantin  bertanggungjawab  memastikan
                                     bahawa  pengusaha  kantin  mengamalkan  kebersihan  dalam
                                     penyediaan,penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
                              7.6.2  Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan harian kepada
                                     PK HEM dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang
                                     dibekalkan oleh JPN
                              7.6.3  Guru  Penyelaras  Kantin  perlu  membuat  laporan  kepada  PK
                                     HEM  atau  pentadbir  lain  jika  berlakunya  kes  keracunan
                                     makanan di kantin sekolah.
                              7.6.4  Pihak  pentadbir  sekolah  perlu  melaporkan  kes  keracunan
                                     makanan  ke  JPN  dengan  kadar  segera  sebaik  sahaja
                                     menerima aduan daripada murid.
                              7.6.5  Guru-guru  juga  bertanggungjawab  menasihatkan  para  murid
                                     supaya  mengamalkan  pemakanan  seimbang  dan  tidak
                                     menggalakkan  murid  membeli  makanan  daripada  penjual  di
                                     luar kawasan sekolah.
                              7.6.6  Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian hendaklah berada di
                                     kantin  bersama-sama  pengawas  bertugas  untuk  mengawal
                                     disiplin murid semasa waktu rehat.
                              7.6.7  Murid  tidak  dibenarkan  membeli  makanan  /  minuman  di  luar
                                     waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.




                              7.7.1  Murid  mesti  membersihkan  kelas  10  minit  sebelum  waktu
                                     pertama bermula.



                                                                                       SKSI SMART
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138