Page 132 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 132

7.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana
                                    buku  ini  diperlukan  apabila  pemeriksaan  kesihatan  dibuat
                                    ataupun  semasa  suntikan  imunisasi    diberikan  kepada  murid
                                    oleh pegawai kesihatan.
                              7.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang
                                    bertukar  sekolah  dan  disertakan  bersama  Fail  Peribadi  murid
                                    berkenaan.
                              7.1.6 Mulai  tahun  2018,  maklumat  kesihatan  dan  suntikan  murid
                                    Tahun 1 direkodkan dalam sistem e-RKM melalui sistem APDM.
                                    Oleh itu, murid Tahun 1 pada tahun 2018 dan seterusnya tidak
                                    lagi menggunakan Buku Rekod Kesihatan.



                              7.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan
                                    setiap tahun.
                              7.2.2 Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu
                                    bapa  /  penjaga  murid  untuk  mendapatkan  kebenaran  bagi
                                    menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
                              7.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang
                                    berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh
                                    yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.



                              7.3.1  Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
                              7.3.2  Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau
                                     mana- mana Penolong Kanan.
                              7.3.3  Surat  ini  digunakan  oleh  murid  apabila  ingin  mendapatkan
                                     khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.



                              7.4.1  Guru  Kelas  mestilah  prihatin  jika  ada  dalam  kalangan  murid
                                     kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut.
                              7.4.2  Jika  murid berkenaan  ingin meminta  izin untuk  pulang,  Guru
                                     Bertugas  atau  Guru  Kelas  boleh  menghubungi  ibu  bapa  /
                                     penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
                              7.4.3  Guru  Bertugas  atau  Guru  Kelas  tidak  boleh  membenarkan
                                     murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walau pun rumahnya
                                     berhampiran dengan sekolah.
                              7.4.4  Jika  keadaan  kesihatan  murid  serius  atau  berlaku  kes-kes
                                     kecemasan  atau  kecederaan,  guru  bertugas  mestilah
                                     menghubungi  ibu  bapa  /  penjaga  dan  menghantar  murid
                                     berkenaan  ke  klinik  atau  hospital    terdekat  sama  ada
                                     menggunakan  kenderaan  sendiri,  kenderaan  sekolah  atau
                                     menghubungi ambulans.
                              7.4.5  Guru  bertugas  mestilah  merekodkan  butiran  murid  yang
                                     dibenarkan  pulang  dalam  Buku  Laporan  Bertugas  dan  Buku
                                     Rekod Keluar Murid.




                                                                                       SKSI SMART
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137