Page 131 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 131

6.3.5    GBK  mestilah  mengatur  masa  untuk  memberi  khidmat
                                    kaunseling  kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng
                                    pertama,  kedua  dan  ketiga.  Bagi  murid  yang  telah  digantung  /
                                    dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi kaunseling
                                    perlu  dilakukan  selama  enam  bulan  dan  laporannya  dihantar
                                    kepada PK HEM setiap bulan.
                           6.3.6    Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK
                                    tentang  murid  yang  memerlukan  bantuan  kaunseling  ataupun
                                    murid yang menghadapi masalah disiplin.
                           6.3.7    GBK  hanya  boleh  menjalankan  tugas  di  luar  sekolah  dengan
                                    kadar 10% daripada hari persekolahan setahun.



                           6.4.1    Guru     Kelas    hendaklah      mengenalpasti      maklumat
                                    berdasarkan
                                    APDM:
                                    6.4.1.1    Bilangan anak yatim di dalam kelas
                                    6.4.1.2    Bilangan  murid  yang  terdiri  daripada  keluarga
                                               berpendapatan rendah
                           6.4.2    Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan
                                    yang  boleh  dipohon  oleh  murid-murid  berkenaan  dan
                                    merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan  ke dalam
                                    APDM seperti:
                                    6.4.2.1    Biasiswa
                                    6.4.2.2    Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
                                    6.4.2.3    Bantuan Pakaian Seragam
                                    6.4.2.4    Zakat
                                    6.4.2.5    Lain-lain bantuan
                           6.4.3    Guru  Kelas  hendaklah  memaklumkan  kepada  PK  HEM
                                    sekiranya  ada  di  kalangan  muridnya  yang  mendapat
                                    kemalangan / kematian  atau bencana dalam keluarganya.
                           6.4.4    Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan
                                    derma  kepada murid  berkenaan  sekiranya berlaku  kematian  /
                                    bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri
                                    sendiri.









                              7.1.1 Guru Kelas mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai
                                    Buku Rekod Kesihatan.
                              7.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid
                                    berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan
                                    penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
                              7.1.3 Jika  Guru  Kelas  mendapati  muridnya  tidak  mempunyai  atau
                                    kehilangan  buku  tersebut,  murid  boleh  mendapatkannya
                                    daripada PK HEM.



                                                                                       SKSI SMART
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136