Page 3 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 3

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


                Salam sejahtera dan salam Perak Tengah Sederap Melangkah Menerajui Kecemerlangan.

               Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Seri Iskandar kerana
               Berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah bagi sesi 2022. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan
               kerana diberi peluang untuk saya mencoret sepatah dua kata di ruangan ini.

                       Dalam  usaha  untuk  menghasilkan  Buku  Panduan  Pengurusan  Sekolah  yang  berkualiti,  ketekunan,
               kesungguhan dan kreativiti amat diperlukan. Penghasilan dokumentasi ini bukanlah suatu perkara mudah, tetapi
               memerlukan Kerjasama daripada seluruh warga sekolah. Ianya tidak hanya terhad dalam aspek Pendidikan sahaja
               malah merangkumi pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan kesempurnaan sebagai wadah
               ilmu untuk perkongsian bersama.

                       Walaupun negara kini sedang dilanda pandemic Corona, namun ianya tidak mematahkan semangat para
               pendidik untuk meneruskan tanggungjawab dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik. Kecanggihan media
               serta teknologi maklumat masa kini tidak hanya terhad di institusi Pendidikan sahaja malah boleh disampaikan
               melalui alam maya yang kini merupakan medium dalam menyalurkan maklumat. Justeru para pendidik perlu
               memainkan peranan yang sewajarnya melalui program-program yang dijalankan. Bertepatan dengan pemilihan SK
               Seri Iskandar sebagai sekolah TS25, pendekatan ini adalah wajar dalam melahirkan generasi yang cemerlang
               serta mampu menjana transformasi sosial yang diinginkan di kalangan generasi baru.
                       Menyedari hakikat ini, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah berusaha mengambil tindakan yang
               wajar dalam membantu sekolah melaksanakan program-program yang menyumbang kepada sistem Pendidikan
               negara yang relevan dengan aliran pendidikan semasa.
                       Akhir kata, dengan terhasilnya Buku Panduan Pengurusan Sekolah ini akan dapat memberi impak yang
               positif kepada perancangan sekolah. Segala impian dan harapan akan terlaksana dengan jayanya dalam melahirkan
               generasi bestari dan positif secara holistic. Harapan saya semoga SK Seri Iskandar akan terus maju jaya dan
               cemerlang di persada negara.


               Sekian, terima kasih.




              Haji Mohd Fathilah Bin Mohd Noor
              Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah







                                                                                       SKSI SMART
   1   2   3   4   5   6   7   8