Page 4 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 4

Assalammualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
               dan rahmatnya sekali lagi kita dapat terus memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik mahupun sebagai
               staf sokongan pada tahun 2022.
                       Pada tahun 20212 kita masih berada dalam gelombang ke -2 ( 2016 – 2020 ) Pelan Pembangunan

               Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dalam gelombang ini, tranformasi yang telah dilaksanakan dalam gelombang
               pertama akan terus dipacu untuk meningkatkan keberkesanan sistem Pendidikan di negara ini. Sehubungan dengan
               itu kita sebagai warga pendidik di SK Seri Iskandar  ini haruslah telah bersedia dengan kemahiran terkini bagi
               menyahut berbagai lagi inisiatif yang bakal diperkenalkan dalam sistem  Pendidikan dinegara kita khususnya di
               alaf Malaysia Baharu ini.
                       Penumpuan kita pada tahun 2022 adalah untuk melaksanakan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan
               Malaysia. 6 objektif Jabatan Pendidikan Perak , 8 Hasrat Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah serta 5 fokus

                       1.  Meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam.
                       2.  Melaksanakan Pembelajaran Abad ke -21
                       3.  Meningkatkan Kualiti Sekolah Berpandukan SKPMg2 – Standard 1 hingga standard 5
                       4.  Meningkatkan kemenjadian murid melalui keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan PBS melalui PBD
                          ,PAJSK , Psikometrik .
                       5.  Memperkasakan ciri-ciri  sarana PIBG.

                       Kita juga harus mendokong gagasan “ Perak Excellent “ , “ Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan”,
               “ SKSI Excellent “ serta semangat sepasukan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

                       Sesungguhnya segala perubahan yang berlaku menuntut kita lebih fokus kepada tugas,bergerak pantas,
               terus  meningkatkan  kemahiran  dan  ilmu  pengetahuan  berorentasikan  keberhasilan,  berintegriti  serta  bekerja
               sebagai satu pasukan. Kejayaan sekolah sebahagian besarnya bergantung kepada iklim dan budaya kerja semua
               warga SKSI.Oleh itu marilah kita  sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang agar SKSI yang telah banyak
               berjasa kepada masyarakat setempat akan terus mencipta pelbagai kejayaan.

                       Akhir kata jadikanlah tugas yang diberikan sebagai amanah dan melaksanakannya sebagai suatu ibadah.

               Sekian terima kasih.
               “ SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH “



               Hj Rosli  Bin Maun.
               Guru Besar
               SK Seri Iskandar





                                                                                       SKSI SMART
   1   2   3   4   5   6   7   8   9