Page 7 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 7

Sekolah  Kebangsaan  Seri  Iskandar  terletak  di  Bandar  Baru  Seri  Iskandar,
               bersebelahan  dengan  Pejabat  Pendidikan  Daerah  Perak  Tengah.  Sekolah  ini  mula
               beroperasi pada 1 Disember 1995 dengan murid seramai 314 orang dan guru  seramai
               15  orang.  Asrama  sekolah  ini,  mula  dibuka  pada  11  April  1999  dengan  bilangan
               penghuninya seramai 178 orang.

                       Bilangan murid meningkat setiap tahun sehingga mencapai 1371 orang, dengan
               bilangan kelas sebanyak 39 buah. Pada tahun  2007, sesi persekolahan diadakan dalam
               dua  sesi.  Mulai  1    Julai  2010,    SKSI    melaksanakan  sesi  persekolahan  satu  sesi
               sehinggalah kini.

                       Sekolah ini mempunyai 25 buah bilik darjah, Bilik RBT,Pusat Sumber Sekolah,
               Bilik Unit Kurikulum, Bilik Unit HEM, Bilik Unit Kokurikulum, Bilik Muzik, Bilik Tutorial,
               Mussola, Bilik Dr. Muda dan Rawatan, Pejabat, Kedai Buku, Bilik Mesyuarat ,Dewan
               Taklimat, Bilik Boss, Bilik Tutorial ,Makmal  Sains, Makmal Komputer,  Pra Sekolah, Bilik
               Guru, Bilik-bilik Panitia, Bilik Bimbingan Kaunseling, Galeri SKSI, Smart Cafe dan  Bilik
               Kebal.

                       Tahun demi tahun SK Seri Iskandar membangun pesat . Kini SK Seri Iskandar
               terdiri daripada empat blok bangunan iaitu Blok A , Blok B , Blok C dan Blok D . Di
               samping itu SKSI menampung lebih 80 orang penghuni asrama dan 100 orang murid
               prasekolah  yang  belajar  di  Prasekolah  Intelek  ,  Prasekolah  Inovatif  ,  Prasekolah
               Interaktif dan Prasekolah Inspirasi.

                       Tidak ketinggalan juga SKSI memiliki Dewan Terbuka yang tersergam indah bagi
               menampung lebih 1000 orang murid dan guru semasa perhimpunan mingguan.















                                                                                       SKSI SMART
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12