Page 70 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 70

3.2.1.6     Fail  hendaklah  diserahkan  bersama-sama  buku  rekod
                                           mengajar  untuk  semakan  dan  pengesahan  oleh  pengetua
                                           pada penghantaran pertama awal sesi persekolahan.


                         3.2.2    Penyimpanan dan senggaraan.

                              3.2.2.1  Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan sebelum memulakan
                                        sesuatu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  di-  dalam  bilik
                                        darjah.
                              3.2.2.2  Guru  hendaklah  membawa  buku  rekod  mengajar  setiap  kali
                                        melaksanakan proses P&P.
                              3.2.2.3  Rekod Mengajar hendaklah dihantar untuk disemak oleh  Guru
                                        Besar  atau  GPK  atau  guru  kanan  bidang  mengikut  ketetapan
                                        sekolah pada akhir hari persekolah setiap minggu.
                              3.2.2.4   Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi setiap orang guru dan
                                        kehilangannya perlu dilaporkan kepada pihak polis.
                              3.2.2.5    Setiap maklumat di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah diisi
                                        dengan lengkap dan sempurna.
                              3.2.2.6  Setiap  guru  adalah  bertanggungjawab  menjaga  keselamatan,
                                        kebersihan  dan  kekemasan  Buku  Rekod  Mengajar  masing-
                                        masing.
                              3.2.2.7  Rancangan  pelajaran  harian  mestilah  sekurang-kurangnya
                                        mengandungi  lima  (5)  perkara  asas  seperti  di  dalam  Surat
                                        pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 3/1999 :-

                                        3.2.2.7.1       Tajuk / Isi Pelajaran
                                        3.2.2.7.2       Objektif pelajaran
                                        3.2.2.7.3       Aktiviti
                                        3.2.2.7.4       KBKK
                                        3.2.2.7.5       Refleksi

                              3.2.2.8     Rancangan pelajaran mestilah dipatuhi semasa melaksanakan
                                         proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
                              3.2.2.9    Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat hadir  bertugas atau
                                         tidak  dapat  melaksanakan  proses  P&P,  buku  rekod  mesti
                                         dilengkapkan dan diserahkan kepada pengetua sehari sebelum
                                         bagi maksud diambil alih tugas oleh guru pengganti.
                              3.2.2.10   Buku  rekod  mengajar  mestilah  diserahkan  kepada  pihak
                                         sekolah pada akhir sesi persekolahan hujung tahun.
                              3.2.2.11   Menulis buku rekod mengajar hendaklah menggunakan dakwat
                                         warna hitam atau biru sahaja atau bercetak dan menggunakan
                                         sistem fail  sahaja.
                              3.2.2.12    Bagi  sekolah  yang  menggunakan  system  e-book  bagi  tujuan
                                         rancangan  mengajar,  hendaklah  dipastikan  bahawa  setiap
                                         rancangan telah dicetak dan dibawa masuk ke dalam kelas.










                                                                                       SKSI SMART
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75