Page 68 - BUKU PENGURUSAN SK SERI ISKANDAR 2022/2023
P. 68

Kurikulum  merupakan  urusan  utama  yang  menjadi  tumpuan  dalam  bidang
                     pendidikan.Satu  dasar  yang  komprehensif,  selaras  dan  berkesan  mengurus
                     pencapaian  akademikserta  mampu  menangani  keseluruhan  masalahnya  amat
                     perlu disediakan.
                                 Objektif penetapan dasar kurikulum ini amat penting bagi mencapai objektif-
                     objektif berikut :-

                     1.1    Menjadi      garis     panduan       kepada      warga       sekolah      dalam
                            melaksanakan  pengurusan  kurikulum di sekolah
                     1.2    Memantapkan  pengurusan  kurikulum  dan  pentadbiran  di  sekolah  pada
                            semua     peringkat iaitu Pengetua, GPK Akademik dan Pentadbiran, Guru
                            Kanan  Bidang.  Ketua  Panitia,  setiausaha-setiausaha  jawatankuasa
                            kurikulum dan juga guru-  guru penolong.
                     1.3    Memenuhi  keperluan  standard  kualiti  pengurusan  pendidikan  yang
                            ditetapkan  di  dalam  instrument  Standard  Kualiti  Pendidikan  Malaysia
                            (SKPM2).



                     2.1      Setiap dasar dan peraturan yang diguna pakai  hendaklah selaras dengan
                             Dasar  Pendidikan Kebangsaan.
                     2.2       Kurikulum yang dilaksanakan hendaklah memenuhi kehendak Kementerian
                             Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
                     2.3       Mematuhi segala peraturan dari masa ke semasa dari Sektor Pendidikan
                     2.4       Dalam apa-apa keadaan program kurikulum/akademik perlulah diutamakan
                             berbanding  program lain sekiranya berlaku pertindihan program di sekolah.







                           3.1.1  Ahli  jawatankuasa  kurikulum  dikehendaki  sekurang-kurangnya
                                   mengadakan    mesyuarat  sebanyak  4  kali  setahun  termasuk  post
                                   mortem peperiksaan.
                           3.1.2  SU Kurikulum  hendaklah  menyediakan  minit  mesyuarat  setiap  kali
                                   mesyuarat  dan  mengedarkan  kertas  tindakan  minit  dalam  tempuh
                                   satu  minggu  sebelum  setiap  mesyuarat  kepada  setiap  pihak  yang
                                   berkenaan  dalam  minit  untuk  dilaporkan  tindakan  yang  perlu  dan
                                   dibentang dalam `mesyuarat







                                                                                       SKSI SMART
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73